Siakap Keli

(Video) Wanita Luah Rasa Berdebar, Kena Perdengar Hafalan Al-Quran Sambil ‘Disemak’ Oleh Ibu Mentua

Sebagai menantu, pastilah akan ada rasa ‘takut’ dengan ibu mentua sendiri. Takut nak masak kat depan dialah, takut terlepas cakaplah.

Kadang-kadang bukanlah rasa takut sangat pun, tapi gugup yang mungkin muncul dari sifat malu. Maklumlah, menantu baharu. Manalah tak ‘nervous’ kan?

Sama juga seperti yang dikongsikan oleh warganet ini apabila dia cuba membacakan ayat-ayat Al-Quran, dipercayai yang dihafalnya di hadapan ibu mentuanya sendiri.

Melihat kepada riak wajahnya, terpancar rasa ‘takut’ dan berdebar-debar. Mungkin takut terlupa hafalannya. Bagaimanapun, si ibu mentuanya tetap ‘steady’ membetulkan beberapa kesalahan dalam bacaannya. Mari tonton video ini.

@alrezt17

udah lah, gabakal fyp, bener dah gabakal #epyepe

♬ original sound – alrezt17 – alrezt17

Teruja dengan video ini, ada warganet menyifatkan ketakutan dan debaran yang dialami wanita ini adalah ketakutan yang sebenar.

Ada juga yang takut nak kahwin sebab tak berani nak berhadapan dengan situasi macam ni.

Namun tidak kurang juga ada yang memuji keluarga ini kerana mempunyai latar belakang dan budaya hidup beragama yang sempurna.

Sumber: TikTok alrezt17

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'