Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

New Zealand kini sekali lagi berhadapan dengan amaran tsunami selepas berlaku gempa bumi kuat ketiga melebihi 7 skala richter, lapor BBC.
Menurut portal itu, gempa bumi berukuran 8.1 skala richter berkenaan terjadi berhampiran sebuah pulau yang tidak berpenduduk, Kermadec Island, kira-kira 1,000 km timur laut New Zealand pada 8.30 pagi waktu tempatan.
Susulan itu, penduduk tempatan diminta berpindah menjauhi kawasan persisiran pantai ke kawasan jauh dari lokasi berisiko tsunami.
Terdapat laporan berlaku kekecohan di beberapa bandar ketika ratusan orang bergegas cuba pergi ke tempat lebih tinggi, tulis BBC.
Sementara itu, kepulauan New Caledonia dan Vanuatu turut menerima kesan susulan gempa tersebut di mana ombak mencapai setinggi 3 meter dilaporkan di persisiran pantai.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpusat di Hawaii, “gelombang tsunami telah diperhatikan”, tetapi belum ada kerosakan yang dilaporkan.
Bagaimanapun, menerusi maklumat terkini daripada The Spectator Index, New Zealand telah ‘melonggarkan’ amaran tsunami tersebut.
Sumber: BBC, The Spectator Index