Siapa sangka rumah peninggalan arwah ibu dan ayah di kampung boleh bertukar ceria dan tampak lebih moden dan eksklusif dengan dekorasi minimalis moden yang direka oleh seorang wanita yang sangat kreatif.
Walaupun hakikatnya rumah pusara ini hanyalah rumah kampung yang telah dimamah serangga, namun dengan berkat dan kesungguhan wanita yang dikenali sebagai Norpadilah ini berjaya mengubah hiasan dalaman serta keadaan rumah tersebut tampak lebih ‘segar’ hanya menggunakan barangan lama sahaja.
Jom kita lihat dekorasi rumah peninggalan ini, manalah tahu boleh dijadikan inspirasi untuk korang menghias rumah.
“Rumah buruk…..impian melangit. Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu….rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya…mula reput dimakan anai-anai.”
10 tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki utk baik pulih dinding yg mulai mereput… Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu. Tapi bajet yang ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal, cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.
Dari situ, berdikit-dikit memasang impian dan mula belajar untuk ber’diy’, menggunakan sepenuhnya kayu dan papan terpakai serta bahan buangan yang sudah tidak bernilai dimata orang lain. Beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan ‘kampunghouse’…
Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah….saya cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dengan hasil usaha yang tak sepertinya…bahagia yang sungguh sederhana. Masih belum selesai lagi kerja-kerja diy…doakan saya ada rezeki untuk menukar cat luar rumah dalam masa terdekat.
Salam kampunghouse dari Kuala Pilah.
Saya suka melazimi untuk buat sesuatu benda atau perkara baru setiap hari bagi menyantuni diri sendiri….juga sebagai satu terapi.
Pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yg baru gugur dari pokok. Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya…
Klip guna staple untuk hold dia sementara nak ikat guna tali jute.
Mangkuk kaca peninggalan arwah mak saya….mangkuk lama, tinggal satu saja dlm simpanan…pecah pula.
Memang sayang nak buang, just buat simple mix n match diy. Mungkin pada orang lain ianya sampah sudah tak bernilai tapi pada saya besar maknanya.
Kerawang plastik ni dari frame hiasan lama….kerat ikut selera, spray paint.
Combined dengan kerongsang yang dah rosak…lama dah kumpul, baru sekarang dapat guna semula.
Sumber: Norpadilah Afandi