Menaiki tangga sambil membawa barangan yang banyak atau berat sememangnya mencabar emosi dan fizikal. Tambahan lagi bagi mereka yang tinggal di kediaman bertingkat atau rumah pangsa yang rendah dan tidak dilengkapi lif.
Perkongsian oleh Ben Sfawan menerusi Group Facebook Tukang Apa Hari Ini mungkin dapat memberikan solusi kepada anda. Troli khas yang digunakan untuk membawa barang menaiki tangga ini sangat parktikal dan melancarkan kerja.
Troli ini boleh didapati di Shopee dengan harga yang berbaloi dimiliki, sesuai dengan kelebihan yang ditawarkan.
Mudah bawa naik barang ikut atas tangga.
Saya nak share review trolley heavy duty untuk kegunaan di rumah yang saya pakai khas untuk bawa naik tangga. Kelebihan, kekurangan dan berbaloi tak beli 300 ringgit ni.
Saya pilih sebab ianya menggunakan roda saiz diameter 6 inci dan boleh ditukar ganti jika ada sebarang masalah. Roda dia seller yang sama pun ada jual.
Yang murah untuk model lain, rata-rata guna tayar kecik, plastik dan plate bawah kecik. Tak tahan bagi pendapat saya.
Satu lagi kelebihan dia ialah tapak pengangkat bawah. Lebar dia 1 kaki ( 12 inci ) dan panjang 2 kaki (24 inci ). Boleh letak barang tanpa risau.
Tapi ada sedikit penambah baikkan yang perlu buat. Nampak tak penghadang tengah dia hanya satu. Bila bawa tong cat,tak sesuai.
Saya perlu install tambah penghadang lagi. Benda kecik tapi akan senangkan banyak kerja. Tengok saya dah tambah aluminium supaya senang bawa benda rendah.
Berbaloi tak dengan wang dikeluarkan bagi troli ini ? Bagi saya berbaloi. Beli di Shopee dan sekarang ada hanya ada versi 120kg je pada harga 266 inggit kalau tak silap.