Siakap Keli
Gambar Via Kompas TV

Dipercayai Tinggalan Perang Dunia Kedua, Lelaki Terkejut Temui Bom Tangan Yang Masih Aktif Ketika Mencangkul Di Halaman Rumah

Seorang penduduk dilaporkan menemui bom tangan yang didakwa sisa-sisa Perang Dunia Kedua di halaman rumahnya.

Menurut Kompas TV, ia dijumpai oleh Sakat, penduduk di Kabupaten Sidorejo, Jawa Timur.

Bom tangan itu dilaporkan masih dalam keadaan aktif.

Sakat menemui bahan letupan itu ketika cangkulnya dihalang oleh sesuatu seperti batu, setelah diangkat, ia ternyata adalah bom tangan.

Gambar Via Kompas TV

Tanah tempat dimana bom itu dijumpai didakwa milik pejuang kemerdekaan bernama Abu Thoyib.

Bom tangan itu telah diperiksa oleh pihak Gegana (skuad penghapus bom) dan menunjukkan bahawa ia masih lagi aktif.

Disyaki tinggalan Perang Dunia Kedua, kekuatan letupan bom tangan itu dianggarkan boleh mencapai sehingga radius 100 meter.

Bom tersebut telah diambil oleh pihak Gegana dan dihapuskan.

Sumber: Kompas TV

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.