Siakap Keli
Gambar via Legacy.com

Tragis Kanak-kanak Lelaki Maut Dalam Letupan Bom Tangan Jenis MK2 Yang Dibelinya Di Kedai Barangan Antik

Seorang kanak-kanak lelaki dari Virginia dilaporkan maut selepas bom tangan era Perang Dunia II yang dibeli di pusat barangan antik meletup, menurut pihak berkuasa.

Kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 23 Disember yang lalu disebebabkan bom tangan jenis MK2 dibeli di sebuah pusat barangan antik di Shallotte, North Carolina, kata seorang jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) kepada People.com.

Menurut laporan, penjual dan pembeli tidak menyedari bahawa bom tangan tersebut masih berfungsi ketika menjualnya. Bahkan, The New York Times dalam satu kenyataan menyatakan terdapat bom tangan yang lain yang dijual pada keesokkan harinya oleh penjual yang sama.

Gambar via The New York Times

Pihak pengurusan pusat barangan antik mendakwa berasa kecewa dan menyesal dengan kejadian yang berlaku kerana beranggapan bahawa barangan tersebut sudah tidak berfungsi.

Setelah melakukan siasatan lanjut, para berkuasa melaporkan bahawa terdapat bom tangan yang lain yang dibeli dari penjual yang sama pada bulan Jun tahun lalu. Hal ini, pihak berkuasa memberi amaran kepada pembeli bahawa bom tangan itu berkemungkinan mengandungi bahan letupan yang membahayakan orang ramai.

“ATF meminta sesiapa sahaja yang datang ke pusat barangan antik itu dan membeli bom tangan pada bulan Jun tahun lalu, diharap dapat menghubungi Bahagian Lapangan Charlotte atau Washington Field Division,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Sumber: People.com