Siakap Keli

Ada Anggota Yang Duduk Di Bawah Khemah, Membuat Lambaian ‘Jalan lah’ – Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid Bador memaklumakan bahawa pegawai polis diarah tingkatkan kawalan sekatan jalan raya, tidak mahu PDRM disalahkan apabila wujud kluster antara negeri.

“Saya telah mengarahkan kepada semua suruhanjaya polis seluruh negara untuk mengetatkan lagi sekatan jalan raya. Pemeriksaan akan dibuat lebih gigih lagi,” ujarnya dalam satu sidang media khas Polis Diraja Malaysia.

“Saya telah mengarahkan kepada petugas-petugas di kawasan sekatan jalan raya tidak ada ruang rehat. Apa yang berlaku, saya dapati ada yang sedang duduk di bawah khemah dan daripada kerusi di dalam khemah mereka membuat lambaian ‘jalan lah’,” tegasnya lagi.

Katanya lagi, beliau tidak malu untuk bangkitkan isu ini. Malah lebih hargai mereka yang gigih menolong polis seperti angkatan tentera, rela dan lain.

Jadi, beliau akan mengambil tindakan selanjutnya kepada petugas-petugas yang leka dan ambil mudah dengan sekatan jalan raya ini di setiap negeri.

Beliau juga menerangkan bahawa ada waktu-waktu yang mereka boleh rehat seperti waktu solat tetapi dengan mengikut giliran. Namun, apabila sewaktu sesak, anggota yang bertugas perlulah bekerja.

Walaupun kerja ini agak meletihkan dengan terpaksa berada di sekatan hampir 8 jam namun ini merupakan tanggungjawab bersama untuk mengekang jangkitan ini.

Sumber: Sidang Media PDRM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang