Selain alat permainan, anak-anak kecil sememangnya sangat suka dan tertarik dengan sebarang objek kecil.
Pantang nampak depan mata, pasti akan cepat-cepat dicapai olehnya.
Tiada kerisauan jika mereka hanya bermain-main sahaja dengan objek tersebut namun ada juga yang suka memasukkan ke dalam mulut.
Terkadang ibu bapa terlepas pandang dengan perkara tersebut dan hanya tersedar apabila anak sudah mengalami kesan yang teruk akibat menelan objek itu.
Disebabkan itu, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsikan mengenai tanda-tanda apabila anak kecil tertelan objek yang wajib diketahui oleh ibu bapa.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.” pic.twitter.com/zOpLA0Vin7
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Bukan jenis suka mengutip benda kat lantai
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Syiling, bateri, butang, pin dan skru, ni semua antara benda asing (foreign object) yang kerap benar kami temui bila parent berkejar ke jabatan kecemasan dan mengadu yang anak tertelan sesuatu. Berdebar-debar weh hati kami ni. Risau betul bila terjumpa kes begini.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Wajah bertukar kebiruan dan tak mampu menangis
Paling menakutkan si kecil tu mungkin berdepan maut kalau rawatan kecemasan tak dilakukan segera! Naudzubillah.
Sebab tu saya harap kita semua pakat ambil tahu tentang tanda-tanda yang saya tulis ni sebab anak kita mungkin dah tertelan benda asing kalau tanda macam ni muncul.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Kalau kes objek asing tersekat dekat saluran menuju ke perut (esophagus) atau usus pulak, mungkin korang akan nampak simptom macam ni:
👉 Si kecil tu muntah tiap kali menelan makanan
👉 Air liur asyik meleleh tak berhenti
👉 Dia duk mengadu sakit kat bahagian dada atau tekak
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Terkejut betul dia bila ditunjukkan kesan syiling tu pada xray. Sebijik macam kat dalam gambar. Pulak tu, hampir semua tanda yang saya sebut ni memang terjadi pada budak malang tu.
Jadi, mak ayah yang ada anak kecil terutamanya yang umur 6 – 18 bulan ni tolonglah extra alert ye.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Cuma kita boleh elakkan tragedi menyedihkan ni dari berlaku dengan cara kita pastikan barang-barang kecil yang mudah budak tu capai dan masukkan ke mulut, kita simpan elok-elok kat tempat tinggi dalam rumah kita. Tolong ingatkan family kita pasal hal ni ye.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 10, 2021
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari