Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kerajaan Denmark dilaporkan telah menangguhkan vaksinasi COVID-19 keluaran Oxford AstraZeneca ekoran wujud kebimbangan berlaku implikasi serius terhadap penerimanya.
Menteri kesihatan, Magnus Heunicke memaklumkan, antara laporan kes implikasi serius yang dikenal pasti adalah penerima didakwa mengalami keadaan darah membeku yang teruk, termasuk ada kes sehingga membawa maut.
“Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa kesihatan terpaksa menghentikan proses vaksinasi AstraZeneca berikutan terdapat kesan sampingan serius terhadap implikasi pembekuan darah yang teruk.
“Bagaimanapun buat masa ini pihak kami tidak dapat menyatakan kesimpulan tentang hubung kait implikasi itu dengan suntikan dos vaksin sebelumnya.
“Kami perlu bertindak lebih awal, ia perlu disiasat dengan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan, memetik laporan Metro.

Sementara itu merujuk kenyataan Agensi Perubatan Eropah (EMA), baru-baru ini seorang penerima vaksin dilaporkan meninggal dunia selepas 10 hari menerima dos suntikan vaksin tersebut.
Difahamkan, mangsa tersebut turut mengalami kesan buruk yang sama iaitu implikasi darah membeku yang teruk dalam saluran darahnya.
Bagaimanapun hubungan dos vaksin dengan punca kematian mangsa belum dapat dikenal pasti lagi setakat ini.
“Ketika ini tidak ada petunjuk bahawa vaksinasi (AstraZeneca) menyebabkan keadaan ini, yang tidak disenaraikan sebagai kesan sampingan dengan vaksin ini,” maklum agensi tersebut, memetik laporan Business Insider.
Sumber: Metro / Business Insider / DW