Siakap Keli

(Video) Rai Perkahwinan Adik Bongsu, Empat Beradik Sewa Helikopter & Tabur Duit RM 52k Sepanjang Jalan

Biasanya sesuatu majlis perkahwinan itu pasti diwarnai dengan pelbagai acara menarik, antaranya persembahan silat, tarian tradisional, pertunjukan bunga api dan banyak lagi.

Semua acara itu bertujuan adalah untuk memeriahkan lagi suasana majlis yang sering diungkap dalam budaya masyarakat Melayu sebagai ‘majlis raja sehari’.

Namun apa yang berlaku di Pakistan ini memang sesuatu yang sangat tidak diduga, malah jauh tidak terfikir dek akal kita semua.

Sewa helikopter, tabur duit dari udara

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah helikopter yang berlegar dalam satu majlis perkahwinan di sana.

Memetik laporan, helikopter tersebut disewa oleh empat beradik dalam keluarga Rana Family yang bersepakat meraikan majlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.

Difahamkan pada awalnya, adik-beradik lelaki dalam keluarga Rana itu dikatakan telah menetap di Itali sejak 20 tahun lalu atas urusan perniagaan di sana.

Bagaimanapun adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain sahaja yang tinggal di Pakistan kerana menjaga rumah dan tanah hak milik keluarga.

Bersempena dengan majlis perkahwinan adik bongsu itu, kesemua beradik tersebut bersepakat kembali ke tanah air untuk meraikan hari bahagia mereka bersama.

Sebagai kenang-kenangan, mereka bersepakat menyewa sebuah helikopter dengan kos kira-kira RM42,000 sebagai simbolik kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian, helikopter itu yang bergerak dari kediaman mereka menuju ke dewan perkahwinan di Phalia dikatakan telah menabur sejumlah wang kertas matawang Dolar dan Euro kepada orang awam di sepanjang perjalanan.

Turut sama yang berpeluang menikmati ‘hujan’ wang tunai tersebut adalah para tetamu yang terlibat dalam perarakan majlis perkahwinan.

Menurut sumber, wang tunai yang ditaburkan adik-beradik kaya itu berjumlah kira-kira RM52,000.

Mari ikuti video tersebut yang dimuat naik ke Youtube seperti di bawah ini.

Sumber: Gulf NewsCurlytales / Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'