Sepanjang tahun 2021 ni, korang mesti penat kan sebab bekerja dalam keadaan terbatas akibat pandemik COVID-19.
Tambah pulak dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah ‘mengurung’ kita semua sejak Mac tahun lalu.
Jadi tidak dapat tidak, korang memang kena ada satu tempoh untuk ber’staycation’ kat dalam negara. Bukan apa pun, cuma hanya untuk rehatkan kepala, badan dan minda yang agak ‘stress’ sebelum ini je.
Tapi korang tahu tak apa itu staycation? Kenapa kena pilih staycation ye? Apa bezanya dengan travel?
Apa itu staycation?
Dalam bahasa mudahnya, staycation ni korang bercuti kat rumah sendiri atau tempat rehat macam hotel dan chalet untuk satu tempoh tertentu.
Walaupun itinerarinya ringkas, tapi lokasinya itu mempunyai banyak kemudahan di sekitarnya untuk korang makan, bersantai, membeli-belah, berhibur dan sebagainya.
Apa yang bagusnya staycation ni?
Berbeza dengan travel yang perlu banyak berjalan, staycation ni lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos kerana lokasinya terletak berdekatan dengan fasiliti awam.
Jadi korang tak perlu pun berpenat pun untuk pergi jauh-jauh sebab semua yang korang nak sudah ada di situ.
Kat mana nak staycation?
Lokasi staycation terbaik korang kena pilih adalah yang berhampiran dengan semua kemudahan yang korang nak.
Biasanya sesebuah lokasi staycation itu akan berhampiran dengan pusat beli-belah, restoran, tempat hiburan, pusat sukan dan sebagainya.
Malah korang pun boleh pilih lokasi staycation mengikut ‘cita rasa’ tertentu. Contohnya, kalau nak bercuti jauh dari kota sambil layan angin pantai, korang boleh pilih Island Rawa Resort di Mersing.
Kalau nak menikmati alam semulajadi dan hirup udara segar di tanah tinggi, korang boleh cuba ke Colmar Tropicale di Pahang.
Malah kalau nak bercuti dalam suasana urban di tengah ibu kota, korang juga boleh cuba ke The KL Journal.

Tapi ada satu lagi tempat staycation menarik yang korang kena cuba, sebab ia menggabungkan elemen alam semulajadi untuk korang nikmati, di samping boleh bermain air macam di lautan tapi terletak di tengah-tengah bandar.
Nak tau tak, tempat staycation yang satu ni korang boleh buat aktiviti ‘outdoor’ dan lasak sambil mendaki Bukit Dinding pada waktu pagi. Dalam masa sama, boleh ‘melepak’ di Starbucks pada sebelah malamnya.
Bukan setakat tempat berehat, ruang kerja kondusif juga turut disediakan kalau korang rancang nak siapkan tugasan semasa bercuti.
Best kan? Kalau korang nak tahu, lokasi tempat staycation terbaik ni tak lain tak bukan ialah di The Valley Residences @ Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Satu kehidupan, dua dunia
Tahukah korang, The Valley Residences merupakan lokasi kediaman pilihan terbaik bagi warga kota yang inginkan gaya kehidupan moden diiringi suasana hijau yang mendamaikan.
Dengan berkonsepkan ‘Satu Kehidupan Dua Dunia’, The Valley Residences yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur (KL) ini menjadi pengantara antara KL dengan banjaran Titiwangsa, menjadikannya sebagai sebuah lokasi kediaman urban yang berlatarbelakangkan bukit-bukau.
Apa yang ada di The Valley Residences?
1. Lebih 60 kemudahan fasiliti disediakan
Setiap ruang kemudahan mempunyai ‘cita rasa’ tersendiri, diilhamkan daripada aktiviti berkaitan mendaki gunung dan jelajah alam. Contohnya, Lembah Kehijauan di tingkat bawah seperti di Garden Lounge, Orchard Forest dan Savory Garden, korang seolah-olah berada di tempat alam semulajadi yang mendamaikan.

Selain itu, Lembah Kebahagiaan di tingkat sembilan pula menawarkan platform aktiviti rekreasi bagi gaya hidup sihat seperti gelanggang skuasy dan badminton serta untuk bersosial seperti kawasan khas barbeku (BBQ), taman kesihatan dan Tea Pavillion.


Nak tahu tak, The Valley Residences juga ada tiga jenis gimnasium yang korang boleh cuba, salah satunya ialah Power MMA Gym, gimnasium MMA dalam kondominium yang pertama di Malaysia.
Kalau nak bersenam dalam keadaan selesa pula, korang boleh pilih Crossfit Gym, iaitu gimnasium dalaman (indoor) yang dilengkapi penyaman udara.
Manakala kalau nak bersenam di luar (outdoor), korang juga boleh cuba Zest Gym pula. Tiga jenis konsep gimnasium yang berbeza untuk korang pilih. Best kan?
Tidak kurang juga, korang pun boleh beriadah bersama keluarga di kolam renang yang panjangnya menyamai kolam renang Olimpik, studio tarian dan yoga, titian kanopi, laluan berbatu, gantungan hammock dan banyak lagi.


Seperkara lagi, The Valley Residences juga menyediakan fasiliti untuk kanak-kanak, iaitu Sierra Playpark – taman permainan kanak-kanak terbesar dalam kondominium di Malaysia.

Korang juga boleh bawa anak-anak ke The Kiddie’s Corner untuk merasai pengalaman bermain di stadium dan padang golf bersaiz mini, selain turut boleh membawa anak kecil berusia satu hingga dua tahun bermain di The Toddler’s Corner.

Pendek kata, semua yang korang nak memang dah cukup lengkap dah kat sini.
2. Tiga menara dengan tema berbeza
The Valley Residences dibina dengan tiga blok menara, masing-masing mempunyai dek di atas bumbung yang berbeza temanya iaitu Breeze Deck (Menara A), Zen Deck (Menara B) dan Galaxy Deck (Menara C).

Bagaikan ‘oasis’ di tengah kota raya, setiap dek menyediakan sentuhan kemewahan moden seperti Sky Party Lounge, Sky Jacuzzi dengan jet urut dan ruang makan terbuka bagi membolehkan korang menikmati hidangan, sambil menatap keindahan pemandangan kota raya dan bukit-bukau.


Lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis Instagrammable, dah tentu mesti akan selfie sekali dua bersama makanan dengan latar belakang pemandangan tinggi dari puncak menara, kan?
3. Sistem keselamatan terjamin
The Valley Residences turut dilindungi dengan sistem keselamatan empat tingkat, bermula dari pintu masuk utama ke kawasan parkir kereta, lobi dan lain-lain.
Turut sama rondaan keselamatan 24 jam sehari juga dijalankan berserta pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem interkom dua arah melalui aplikasi ‘Skyworld Connect’.
Jadi kalau korang tinggal kat sini, jangan risaulah tentang keselamatan kenderaan mahupun diri sendiri. InsyaAllah dijamin selamat.

4. Lokasi strategik
Selain itu, The Valley Residences juga terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah AEON AU2 bagi kemudahan harian penduduknya. Malah pengangkutan awam juga amat mudah diakses termasuklah kemudahan LRT.
Jarak dari The Valley Residences ke stesen LRT Setiawangsa hanyalah 1.5 kilometer saja. Kalau nak ke KLCC pun, hanya akan selang lima stesen saja. Cukup dekat.

Lokasinya juga amat strategik kerana terletak berhampiran dengan Lebuhraya DUKE dan MRR2, sudah tentu melancarkan perjalanan pagi korang untuk ke tempat kerja.
Selain itu, ia turut ‘dikelilingi’ oleh kemudahan fasiliti awam. Antaranya korang boleh ke Hospital Gleneagles di Jalan Ampang yang jaraknya hanya sekitar tiga kilometer, Sekolah Antarabangsa Brighton sejauh 700 meter dan Setiawangsa Business Park sejauh 500 meter dari The Valley Residences.
5. Seni bina cemerlang & diiktiraf
Satu lagi ciri-ciri penting sesebuah bangunan kediaman bercirikan ‘rumah hijau’ ialah binaannya. The Valley Residences dibina dengan standard QLASSIC dan Green Building Index (GBI) yang mengikut piawaiannya.
Reka bentuknya amat membantu menawarkan gaya hidup selesa dan sihat seperti tingkap berbingkai besar untuk memaksimumkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi, selain tumbuhan hijau menjalar untuk menyerap haba dan bunyi bising.


Untuk rekod, inovasi reka bentuk kediaman bercirikan alam semulajadi ini pernah memperoleh beberapa pencapaian dalam negara dan antarabangsa sebelum ini seperti Asia Pacific Property Award 2019/2020 dalam kategori Seni Bina Kediaman Bertingkat Tinggi dan StarProperty.my Awards 2018 dalam kategori Mesra Keluarga.
6. Harga mampu milik
Harga The Valley Residences memang cukup mampu milik bagi unit yang mempunyai tiga bilik tidur dengan keluasan 800 kaki persegi, atau pilihan lebih besar hingga 1,318 kaki persegi dengan tiga hingga empat bilik. Setiap menara pula diakses dengan lif berkelajuan tinggi.



Dalam masa sama, ia dilengkapi dengan konsep dwi kunci yang menjamin privasi serta fleksibiliti tambahan.
Kediaman ini amat sesuai untuk semua peringkat usia, daripada yang bujang, berkeluarga hinggalah pasangan lanjut usia yang ingin menikmati ketenangan di tengah bandar.
Mudah dimiliki, jangan lepaskan peluang
Korang boleh memiliki kediaman idaman di The Valley Residences ini melalui pakej Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan pakej Maybank Houzkey dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM1,350* sahaja setiap bulan.
Bagi pakej HOC 2020-2021, korang berpeluang mendapat pengecualian duti setem untuk Memorandum Tukar Hak Milik (MOT) dan Perjanjian Pinjaman Perumahan Bank (loan agreement).
Manakala bagi pakej Maybank Houzkey pula, tiada sebarang bayaran muka dikenakan dan pinjaman penuh 100 peratus disediakan untuk korang. Malah korang juga tidak perlu membayar apa-apa pun sepanjang fasa pembinaan.


Dalam masa sama, korang juga boleh ‘lock’ harga rumah mengikut harga sekarang. Semua manfaat ini sudah tentu menjimatkan ‘poket’ korang.
Tentang SkyWorld

Untuk pengetahuan korang, SkyWorld yang membangunkan The Valley Residences ini visi besarnya adalah mahu menjadi pemaju yang cemerlang, di samping menjanjikan gaya hidup moden dalam suasana alam semulajadi yang terpelihara.
SkyWorld turut mendapat penghargaan seperti The Edge Property Exellence Award, Star Property Award dan Asia Pacific Property Award (APPA).
Dalam tempoh lima tahun, mereka juga berjaya menjalankan lima projek yang luar biasa dengan kualiti yang terbaik!
1. Mencapai skor QLASSIC tertinggi dalam negara untuk SkyLuxe On The Park di Bukit Jalil dengan skor sebanyak 85 peratus dalam kategori High Rise Residential.
2. Mencapai skor QLASSIC tertinggi dalam negara untuk SkyAwani2 yang terletak di Jalan Ipoh, dengan skor sebanyak 79 peratus dalam kategori Residensi Wilayah.
QLASSIC yang dinyatakan tadi adalah merujuk kepada Quality Assessment System in Construction. Ini bermakna anda tidak perlu risau tentang isu kualiti kerana SkyWorld sudah mencapai tahap tertinggi skor QLASSIC di Malaysia.
Kesimpulannya, sangat berbaloi sebenarnya kalau korang nak berstaycation atau stay selama-lamanya di The Valley Residences @ Setiawangsa ini.
Jadi tak perlu untuk buang masa lagi. Kalau korang berminat, bolehlah ‘ushar’ terus maklumat lanjut di laman sesawang www.skyworld.my/skysierra atau hubungi 03-9212 0457 sekarang!
*Tertakluk kepada terma & syarat