Siakap Keli
Kredit: Google

Pernah Enjin Kereta ‘Mati’ Tiba-tiba Sebab ‘Overheat’? Abang Ni Kongsi 7 Benda Kena Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah terjadi situasi di mana ketika sedang memandu, tiba-tiba kereta anda mati secara mengejut dan anda tidak tahu puncanya?

Kemudian selepas diperiksa, anda baru perasan bahawa jarum suhu kenderaan di papan pemuka menunjukkan bacaan yang tinggi (panas)?

Sesetengah daripada anda mesti pernah mengalaminya, namun mungkin semuanya belum tahu tentang masalah enjin panas ini.

Justeru, seorang warganet, Nik Mohd Rizal ada berkongsi tujuh perkara yang kena buat kalau enjin jadi panas.

Mari ikuti perkongsiannya dalam group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) di bawah ini.

Engine Overheat

Gambar: Nik Mohd Rizal

Saya nak berkongsi sikit pengalaman semalam dengan tukang-tukang dreba especially tukang dreba wanita & yang baru lulus lesen.

Petang semalam waktu hampir Maghrib, anak perempuan saya telefon dengan keadaan panik beritahu kereta yang dipandunya tidak responsif: tekan minyak tak bergerak. Saya beritahu dia itu mungkin kereta mati enjin.

Bila saya tanyakan paras suhu enjin, dia beritahu suhu tahap paling atas. Sah, engine overheat!

Saya menyuruhnya pastikan enjin dimatikan dengan segera, jangan cuba hidupkan enjin, dan tunggu sehingga saya datang.

Sedikit tips buat tukang-tukang dreba bila berlaku situasi begini:

1) Tukang-tukang dreba wajib tahu membaca suhu enjin kereta, biasanya meter tu di sebelah meter minyak petrol & ada tanda C & H (Cool & Hot). Tukang-tukang dreba wajib tahu paras suhu yang normal (biasanya bawah sedikit dari separuh meter).

2) Kereta-kereta sekarang biasanya akan mati dengan sendiri bila suhu terlalu panas (mekanisme untuk protect enjin dari rosak). Bila ini berlaku, pastikan kereta diberhentikan di tepi jalan dengan selamat & jangan cuba start balik sekiranya memang ia disebabkan oleh engine overheat.

3) Biarkan enjin sejuk dengan sendiri, buka hud enjin untuk cepatkan proses penyejukan.

4) Jangan buka penutup radiator kerana ia sangat berbahaya & boleh menyebabkan kelecuran melampau.

5) Jangan isi air dalam radiator bila berlaku engine overheat kerana ini akan menyebabkan kerosakan enjin melampau yang akan memakan belanja ribuan ringgit.

6) Buat panggilan kepada pasangan/ayah anda atau sesiapa sahaja yang boleh menolong anda. Kalau call pomen yang anda kenal lagi baik.

7) Masalah engine overheat sekiranya ditangani dengan baik, akan mengelakkan enjin daripada mengalami kerosakan melampau.

Gambar: Nik Mohd Rizal

Berbalik kepada cerita saya, selepas dua jam, saya kembali ke kereta dan mendapati suhu enjin telah turun ke tahap minimum. Saya memandu pulang dengan berhati-hati dan sentiasa melihat kepada meter suhu.

Nasib baik, lokasi tempat yang berlaku hanya berhampiran dengan rumah saya, suhu enjin masih di tahap selamat semasa saya tiba di rumah.

Punca engine overheat kereta saya adalah hose radiator yang pecah & menyebabkan radiator kering kontang. Saya mengambil langkah dengan menukar semua hose-hose memandangkan kereta telah mencapai usia 9 tahun.

Mungkin para tukang-tukang sekalian boleh tambah-tambah lagi tips-tips lain.

Harap bermanfaat.

Apa kata netizen

Sehubungan perkongsian ini, ramai ahli TAHI turut berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing berkenaan isu yang sama.

Mari kita ikuti satu-persatu komentar di bawah ini.

“Puncanya hose radiator ada bocor halus..”

“Pernah air kering terus..”

Lupa periksa air

Ada yang berkongsi pernah terlupa nak periksa air. Tidak pasal-pasal air kereta kekeringan.

Hose pecah kena periksa juga temostat

Kata warganet ini, hose kereta tidak akan pecah begitu sahaja kalau tekanan berada pada paras sekata.

Kipas basah, hose utama dah pecah

Penutup radiator hilang entah ke mana

“Asap keluar dari depan”

Ada jenis kereta tiada aras suhu

Sumber: Nik Mohd Rizal melalui Tukang Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.