Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau sebuh pasal kucing, macam-macam gelagat yang mereka akan lakukan. Ya, pastinya ia berlaku tanpa sengaja. Siapa yang memelihara kucing pasti tahu tahap ‘buli’ mereka terhadap tuannya.
Hanya menggunakan muka yang manja dan comel, pastinya ramai yang akan ‘tumpas’ dan memaafkan ‘kesalahan’ haiwan tesebut. Mungkin mereka merasakan mereka adalah ‘kesayangan’ di dalam rumah jadi ia bebas melakukan apa saja.
Sama seperti video yang dimuatnaik dalam Tiktok Shaimaniman ini, kucing peliharaannya buat muka sedih kerana habiskan ternakan burung puyuh tuannya. Dengan muka tak bersalah ditambah pula dengan mimik muka sedih buat ramai yang terhibur.
Bukan itu sahaja, lagu yang dijadikan ‘sound effect’ juga memainkan peranan dengan kisah kucing ini.
Gelagatnya membuatkan ramai netizen geram dan terhibur.
Sumber: Shaimaniman