Siakap Keli

(Video) Dikata Pemalas Sebab Masak Ikan Goreng Je Untuk Suami, Wanita ‘Show Off’ Masakan Hingga Buat Netizen Terliur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi isteri, hari-hari mereka tidak akan lengkap tanpa menyediakan masakan yang enak untuk sang suami.

Tidak kira waktu, isteri pasti akan sentiasa bersedia untuk memasak segala makanan yang diinginkan suami.

Sama seperti video di TikTok yang dimuatnaik oleh Amirah Husain ini, dia dilihat menyediakan makanan untuk suaminya pada jam 2 pagi.

Sedang menonton drama pada ketika itu, Amirah tidak mengabaikan suaminya dan terus memasak ikan goreng bersama sambal kicap.

@kyraamiraa

Skrg jam 2.38am,spe yg belum tido lagi say haiii…agak2 fyp tak,klau tak esok aku delete😂😂 #fyp #fypシ #foryoupage #mekmiramasak

♬ Anugerah – Muhammad 🦋

Walaupun masakan yang simple sahaja namun ia kelihatan sangat menyelerakan.

Pun begitu, ada individu yang mempersoalkan masakannya dan menuduh Amirah sebagai pemalas.

Amirah dengan tenang membalas komen tersebut dengan video himpunan gambar makanan lazat yang pernah dimasak olehnya.

@kyraamiraa

Reply to @fayyizz nahhh utk santapan awak🤪 #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Amirah Husain – Amirah Husain

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terliur melihat kesemua masakannya itu dan menasihatkannya untuk tidak terkesan dengan komen negatif.

Sumber: kyraamiraa

Sofea

There's always another side to every story