Siakap Keli

(Video) Viral Rakaman Percubaan Tol RFID Di Indonesia, Kereta Lalu ‘Sepantas Kilat’ Tak Perlu Berhenti

Satu video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang melepasi tol tanpa membuat sebarang transaksi telah tular di Indonesia.

Menurut Kompas.com, ia ditularkan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa kenderaan tersebut sedang menjalani ujian pembayaran tol dengan menggunakan Radio Frequency Identification (RFID).

Ia menunjukkan pengguna jalan raya tidak perlu berhenti untuk melakukan transaksi.

“Ujian untuk membayar tol menggunakan RFID, pengesannya sangat pantas,” kata pengguna Facebook tersebut.

Dalam video yang berdurasi 21 saat itu, sebuah kenderaan dilihat bergerak dengan sangat laju ketika melintasi tol.

Pemandu kenderaan dilihat memecut dengan sangat laju walaupun telah menghampiri palang tol yang masih tidak dibuka.

Namun, sebaik kereta itu menghampiri, pintu tol terbuka dengan segera tanpa pemandu membuat transaksi terlebih dahulu.

Mengikut siasatan yang dilakukan oleh Kompas.com, lokasi ujian tersebut adalah di jalan tol Simpang Susun Bandara Waru-Juanda, Surabaya.

Jalan tol itu dikendalikan oleh sebuah syarikat iaitu PT Citra Margatama Surabaya.

Video yang tular itu pula sebenarnya dirakam pada tahun 2017.

“Video ini pada tahun 2017, pada masa ini kami menguji sistem RFID Single Lane Free Flow (SLFF),” kata salah seorang kakitangan syarikat itu.

Rakaman video itu juga telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter dan tular di Malaysia.

Sumber: Kompas.comĀ 

BACA: Memperkenalkan Loji Rawatan Air Terbaharu Air Selangor-Skim Bekalan Air Rasau

Sofea

There's always another side to every story