Siakap Keli

Kalau Nak Berjaya: Jangan Kedekut Untuk Kongsi Rezeki Dengan Yang Orang Lain – Massieww

Kuala Lumpur, 20 Mac 2021 – Majlis yang gilang-gemilang untuk meraikan usahawan – usahawan muda pada malam penuh bersejarah dan sambutan hari kelahiran Founder sempena Fillea Entrepreneur Gala Night 2021.

Alhamdulillah syukur, majlis Fillea Entrepreneur Gala Night berlangsung dengan jayanya, lebih 100 usahawan datang pada malam tersebut. Penganugerahan dilakukan oleh Founder MS Beauty Empire (M) Sdn Bhd, Puan Mas Haryati binti Baharudin dan Tuan Muhammad Faizal bin Mohd Zazali.

Kesemua ahli usahawan bermula daripada tiada pengalaman dan latar belakang yang berbeza tetapi dengan platform Fillea dan kesemua usahawan yang bernaung dibawah MS Beauty Empire (M) Sdn Bhd akan dibimbing secara dekat oleh Founder sendiri.

Visi MS Beauty Empire (M) Sdn Bhd melahirkan 1000 orang yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM10,000.00 sebulan pada tahun 2021 dan Misi MS Beauty Empire (M) Sdn Bhd membantu dan memimpin mereka yang tidak mempu- nyai sebarang pengalaman perniagaan tetapi mempunyai keinginan untuk menaik taraf tahap kewangan hanya dengan menggunakan platform Fillea Legacy.

Nur Farra