Siakap Keli

‘Unboxing’ Samsung Galaxy A72 Ungu Violet Tak Pernah Mengecewakan

Siri Galaxy A boleh dikatakan antara peranti kelas pertengahan yang paling popular akhir-akhir ini daripada jenama terkenal, Samsung.

Siri ini ternyata mempamerkan prestasi baik dalam aspek gaming, fotografi, videografi dan keseluruhan spesifikasi.

Hari ini dan tahun ini, Samsung ‘come back’ dengan siri Galaxy A baru, Galaxy A72 dan Galaxy A52. Tapi harini. kita nak cerita pasal Samsung Galaxy A72 dulu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, kami diberi peluang untuk unboxing ‘penghulu’ siri Galaxy A sebelum hari pelancarannya.

Kita cerita secara dasarnya dulu nanti next posting baru kita go deep pulak.

Kemasan box

Daripada segi kemasan kotaknya berbeza dengan siri A32 yang ditarik untuk dibuka, A72 pula diangkat saja dan rasanya lebih praktikal.

Sebaik dibuka, peranti terletak kemas berbalut. Selain telefon, kotak didatangkan bersama pengecas dan kabel usb.

Dibahagian bawah kotak disedikan sim ejector pin dan buku manual untuk rujukan user.

Skrin Super AMOLED

A72 ini didatangkan dengan skrin super AMOLED FHD+ dengan paparan berlubang Infinity-O pada bahagian tengah skrin. Puas nak main game atau tengok video ni.

Design bahagian depan peranti ni terlihat lebih unggul dengan layout kamera depan swafoto 32MP yang tidak terlalu menonjol dan minimal.

Bahagian belakang bagi kami bahagian yang paling mantap. Warna ungu violet dengan kemasan matte memberi impak mewah. Kemasannya persis S21, design layout belakang A72 ni nampak lebih mantap.

Empat kamera unggul

Terdapat kuad kamera di belakang telefon;

  • Kamera utama 64MP F1.8 OIS
  • Kamera ultralebar 12MP F2.2
  • Kamera telephoto 3x zum optikal 8MP F2.4
  • Kamera makro 5MP F2.4

Bahagian sisi dan bawah sama seperti peranti-peranti lain daripada Samsung. Atas papan utama diperkasa dengan Snapdragon 720g yang lebih baru daripada Snapdragon 730 Galaxy A71.  Oleh itu, daripada segi prestasi dijangka lebih kencang dengan generasinya sebelum ini.

Secara overall, sekali pegang dah rasa dah ini bukan peranti biasa-biasa. Pegangannya kemas, sedikit berat dan terasa mewah. Cuma, kami tak pasti material body A72 ini jenis apa.

First impression A72 ni bagi kami mantap! Kualitinya terserlah lagi-lagi dengan rekaan bahagian depannya yang lebih unggul, sedikit nipis.

Info tambahan, untuk bahagian sim, slot simkadnya tidak mempunyai slot tersendiri bagi mikro SD. Namun, ia tidaklah menjadi masalah besar.

Paling best, spesifikasi A72 ni tidak kurang hebatnya kerana dikatakan kalis air IP67 dan habuk; dust & water resistant sehingga 1m untuk 30 minit.

Walau bagaimanapun, siri ini masih belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Jadi korang kena sabarrrr, yang pastinya  bagi kami, ia akan menjadi pembelian yang sangat berbaloi 2021 ini dan nantikan review penuh nanti!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link ni.

Nur Farra