Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Percaya Dukun Boleh Pindahkan Janin, Gadis Dilapor Dirogol Ketika Ritual, Baca Mantera Untuk Yakinkan Mangsa

Seorang remaja berusia 16 tahun yang cuba mendapatkan khidmat bomoh untuk memindahkan janin di dalam rahimnya akhirnya menjadi mangsa serangan bomoh tersebut, lapor Kompas.com.

Menurut portal itu, mangsa, LM yang telah dibawa ke Jawa Tengah oleh keluarganya telah diperkosa sebanyak tiga kali oleh suspek, SL (44), kononnya sebahagian daripada ritual pemindahan janin.

Ritual itu dikatakan bertujuan memindahkan kandungan yang berusia lima bulan hasil hubungan luar nikah remaja tersebut ke dalam rahim wanita lain, tulis portal itu.

Tambah Kompas, mangsa telah diwajibkan untuk tinggal di rumah suspek selama seminggu untuk menjalani ritual berkenaan manakala keluarganya diminta pulang ke Magelang.

SL dilaporkan mengaku bersalah telah menyetubuhi mangsa pada 20 Mac 2021 sambil berpura-pura melafazkan mantera untuk meyakinkan mangsa.

Mangsa kemudiannya diperkosa sebanyak dua kali pada hari seterusnya sehingga dirinya trauma. Lapor portal itu, saksi menyedari salah laku suspek selepas melihat mangsa termenung di hadapan rumah suspek sebelum mendekati remaja berkenaan.

Tembelang lelaki itu pecah apabila remaja berkenaan menceritakan semua perbuatan suspek kepada saksi yang memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa mangsa.

Susulan itu, tindakan suspek kini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dia bakal berhadapan hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda 5 miliar rupiah jika sabit kesalahan.

Sumber: Kompas.com

Amira

Love yourself.