Siakap Keli
Gambar: FB TukangRumah Eddy

Ramai ‘Jatuh Cinta’ Lihat Sinki Warna ‘Rose Gold’ Dengan Jubin Corak Kayu Buat Nampak Mewah

Dapur menjadi antara lokasi tumpuan di dalam rumah yang sangat penting bagi seisi keluarga. Banyak masa dihabiskan di dapur terutamanya oleh para isteri untuk menyediakan juadah buat suami dan anak-anak.

Jadi, perkara biasa jika ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut bajet dan kemampuan. Rasa lebih teruja dan menaikkan ‘mood’ memasak bila adanya dapur yang cantik, kemas dan selesa.

Perkongsian di Facebook oleh TukangRumah Eddy menerusi Group Tukang Apa Hari Ni mungkin boleh memberikan idea kepada anda yang ingin mengubahsuai ruangan dapur dengan suntikan elemen eksklusif dan moden. Gabungan jubin dengan warna menyerlah berserta sinki berwarna keemasan, ruangan dapur yang biasa terus berubah wajah!

Rase teruja betul kali ni..ada dua sebab.. yang pertama first time saya pasang mozek corak ni.. yang kedua Sinki rose gold tu. memang mantul gabungan warna ni..

Terus saya teringat dengan ahli-ahli group Tukang Apa Hari Ni yang dikasihi.. Jadi rase bersalah kalau saya tak meracun ahli-ahli dalam group ni seperti yang selalu saya lakukan. Terima kasih admin.

Gambar: FB TukangRumah Eddy
Gambar: FB TukangRumah Eddy
Gambar: FB TukangRumah Eddy
Gambar: FB TukangRumah Eddy
Gambar: FB TukangRumah Eddy
Gambar: FB TukangRumah Eddy

Sumber: FB TukangRumah Eddy via Tukang Apa Hari Ni 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.