Kediaman lama yang diubahsuai dengan memberi nafas baru dari segi cat dan dekorasi rumah yang menarik boleh bertukar 360 darjah menjadi seperti rumah yang baru dibeli.
Seperti perkongsian oleh Firdaus Firman yang menjadi tular dan telah menarik perhatian ramai warganet sehingga mendapat 19 ribu tanda suka dan 2.2 ribu komen dalam tempoh tidak sampai lima jam dimuat naik di Facebook Kelab Kaki Dec0.
Ramai yang kagum apabila melihat anak bujang ini mengubahsuai dan mendekorasi kuaters polis yang berusia lebih 50 tahun. Tidak berkelip mata memandang, rumah yang dahulunya buruk dan kotor telah berubah menjadi cantik dengan sentuhan abang polis!
Tumpang lalu rumah bujang ku… Kuarters Polis yang berusia lebih 50 tahun…. Cat dinding je tak berani nak buat lebih-lebih sebab rumah kerajaan bila-bila masa je kena pindah…
Rata-rata warganet yang membanjir ruangan komen memuji usaha yang dilakukan oleh pemuda ini dalam menguahsuai kediamannya.
Orang pengemas campak dekat mana pun rumah tetap kemas
Anak bujang siapa lah ni, dah berpunya ke belum?
Lelaki idaman ramai wanita, bertuah suri hati
Sumber: Firdaus Firman via Kelab Kaki Deco