Siakap Keli
Gambar: The Guardian

Kapal Kontena Besar 400 Meter Dilapor Tersangkut, Melintang Di Terusan Suez, Sebabkan ‘Kesesakan’ Teruk

Sebuah kapal membawa kontena dilaporkan tersangkut pada penghujung terusan Suez bahagian selatan semalam.

Menurut The Guardian, kapal sepanjang 400 meter dan seberat 220,000 tan itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di terusan berkenaan.

Pengendali kapal, Evergreen Marine Corp dipetik berkata, “Kontena itu tersadai disyaki selepas ditiup angin.

“Syarikat telah mendesak pemilik kapal untuk melaporkan penyebab kejadian dan telah melakukan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan termasuk pihak berkuasa terusan untuk membantu kapal secepat mungkin.”

Kapal yang dikendalikan oleh syarikat perkapalan Taiwan, Evergreen itu membawa ratusan kontena daripada China itu dilaporkan menuju ke Rotterdam.

Menerusi gambar yang diambil daripada kapal lain di lokasi berkenaan, kapal tersebut berada dalam posisi melintang di atas laluan air. Beberapa usaha telah dilakukan untuk membebaskan busur kapal yang tersangkut termasuk menggali tebing di tepi terusan tersebut, lapor The Guardian.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.