Siakap Keli

Merokok Dan Suka Makan Makanan Diproses Boleh Jadi Punca Kanser Usus – Public Health Malaysia

Kanser usus atau kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser kolon ini merujuk kepada ketumbuhan yang berlaku pada kolon atau usu besar.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Public Health Malaysia mendapati bahawa pesakit kanser usus ini tidak lagi dijumpai pada warga emas, namun pada orang dewasa berusia 30 hingga 40 tahun.

Seramai 70 peratus pesakit sudah bergejala dan ada yang mempunyai risiko kanser tahap 3 dan 4. Ini antara gejala yang akan diterima pesakit kanser ini.

Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?

Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari.

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. Seramai 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia.

Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.

Jadi pada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.

Jadi, jumpalah dan berbincanglah dengan doktor anda. Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu anda di dalam menyaring penyakit kanser usus ini.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang