Siakap Keli
Foto: Atikah Puat

Wanita Ini Ajar Cara Nak Bayar Saman Secara Online, Boleh ‘Claim’ Diskaun 50%

Rakyat Malaysia yang mempunyai saman kompaun trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula hari ini  hingga 11 April menerusi portal dan aplikasi “MyBayarSaman”.

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam Bernama hari ini.

Jadi, SK nak kongsikan tips menarik daripada laman Facebook Atikah Puat tentang cara pembayaran atas talian saman diskaun separuh harga ini.

Harini PDRM dah buat diskaun saman separuh harga. Haa pegi la bayar saman tu. Jimat dah dari RM160 dapat RM80, balance RM80 kita bersidang di KFC ye. Tapi masih jaga penjarakan sosial ya. Thanks me later. Promo till 11/4/2021.

Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  • Saman status bicara mahkamah (m)
  • Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  • Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

**Tertakluk kepada terma dan syarat

Marilah since ramai tanya macam mana nak setelkan saman. Step by step dekat gambar ye anak anak.

1. Mula mula login je https://mybayar.rmp.gov.my/en ikut link ni.

Register macam biasa. New user tu nak sign up la ye. Sign in tu login je kalau dah ada akaun.

2. Kemudian dia akan direct ke sini. Oh tu boleh tekan gambar nak tengok siapa pemandunya. Kete bf korang nak tengok siapa co pilot disebelah. Awas ye.

Mujur aku yang drive ni pecut. Ampun pak polisi. Tapi masatu taktau kenapa 2 kali ni memecut. Agaknya lapar nasik.

Then korang tekan butang bulat sebelah kiri tu. nak bayar saman yang mana. pastu tekan la butang pay dia akan bagi options nak bayar guna online banking ke, debit card ke, credit card ke. Aku lupa nak snap yang ni. Tapi mudah je.

3. Ni dah siap bayar. Nanti kalau dah siap bayar. Dia akan kasi notifikasi dah langsai korang bayar tu. Ha mudah kan.

Jangan lupa save resit untuk disimpan dalam frame buat kenangan anak cucu ni Nena (nenek) memecut dulu ni. Fuhhh berdesup.

4. Akhir kata inilah resit yang berjaya dah bayar. Ingatlah orang tersayang. Jangan memecut tah apa apa.

Tak faham boleh tanya. Jangan takut. Kakak makan nasi. Pergi bayar cepat. Jangan lambat lambat.

 

Sumber: Atikah Puat

Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.