Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

6 Tahun Terbengkalai, Keluarga Ini Perlu Bantuan Kewangan Untuk Sambung Bina Rumah

Dalam kehidupan ini, tidak semua dikurniakan dengan kemewahan yang melimpah ruah.

Ada yang diuji dengan kesempitan wang dan hidup dalam serba kekurangan, bahkan tidak mampu untuk tinggal dalam rumah yang sempurna.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Natipah Abu pada kali ini, seorang bapa berusaha untuk memberikan kediaman yang terbaik buat anak-anak dan isterinya tetapi tidak mampu merealisasikannya kerana pendapatan menoreh getah yang tidak seberapa.

Ikuti perkongsian Puan Natipah Abu di bawah ini.

SEDEKAH JUMAAT.
RUMAH TERBENGKALAI.
KEPERLUAN RM 15 K.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521

Rumah dalam rumah ini merupakan rumah yang kerap dikunjungi berbagai badan NGO untuk menyampaikan sumbangan barang dapur terutama ketika menjelangnya Ramadhan.

Biarpun terbengkalai, tetapi keadaannya yang tersangat bersih itu telah menjentik hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Malangnya .. walaupun telah 6 tahun terbengkalai, tiada mana-mana pihak pun yang tampil membantu utk menyiapkan rumah ini kerana terletak di atas tanah warisan yang tiada bergeran.

Inilah syurga buat Encik Mohd Bashir Bin Ramli ( 38 tahun ) dan isterinya Siti Nor Aishah binti Suberi ( 36 tahun), serta empat orang anak mereka yang berusia di antara 6 – 13 tahun.

Asalnya .. di atas tanah ini ada sebuah rumah papan kecil yang sudah usang yang dipusakai oleh Encik Bashir dari arwah ayahnya.

Oleh kerana rumah papan tersebut kian hari kian usang .. Encik Bashir mula mengumpul duit dan membeli bahan binaan utk membina sendiri sebuah rumah yang lebih selesa buat isteri dan anak-anak.

Sedia maklum tentang berapalah sangat pendapatan seorang penoreh getah sepertinya, maka Encik Bashir yang pandai bertukang itu membina sebuah rumah batu yang baru di sekeliling rumah lama tanpa merobohkan rumah papan usang itu.

Encik Bashir sedar .. dia tidak boleh merobohkan rumah papan itu kerana dia sendiri tidak tahu, bilakah dia mampu menyiapkan rumah baru itu.

Dia bukanlah orang yang berduit dan seandainya dirobohkan rumah papan itu, dimanalah mereka anak beranak hendak berteduh.

Dulu … dia memang mampu menyimpan. Namun .. usahanya membina dan menyiapkan rumah itu mula terhenti sejak 6 tahun yang lalu setelah anak-anaknya seorang demi seorang memasuki alam persekolahan.

Sungguh pun hidup susah, kais pagi makan pagi .. tetapi Encik Bashir sangat menitik-beratkan pendidikan anak-anak. Dia nekad memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kerana tidak ingin anak-anak mewarisi untung nasibnya yang kandas sekolah di tingkatan tiga itu.

Justeru itu .. semua anak-anak dihantar ke sekolah agama berbayar . Walaupun yuran sekolah agama hanya sekitar RM60 seorang .. tetapi bagi seorang penoreh getah seperti Encik Bashir , jumlah itu bukan kecil.

Dan sejak anak-anak bersekolah seorang demi seorang … semangatnya utk menyiapkan rumah itu pun terpadam dan berkubur. Dengan pendapatannya sebagai penoreh getah .. dia rasa sudah tiada harapan lagi utknya menyiapkan rumah itu.

Manakan tidak .. hendak makan pun, kadang-kadang terpaksa berhutang dengan adik beradik … inikan pula hendak siapkan rumah. Mampu sekolahkan anak pun, sudah cukup besar maknanya buat beliau.

Encik Bashir menoreh getah dengan sistem pawah. Sekilo sekerap RM 3.15 itu perlu dibahagi dua dengan tuan tanah. Setiap dua hari, sekerap akan dijual dan untuk kebun getah seluas 3 relung yang ditorehnya itu .. pendapatan Encik Bashir utk dua hari lebih kurang RM70 sahaja.

Atas sebab itulah rakan NGO tempatan di sana memanjangkan kisah beliau untuk diangkat mengisi slot Sedekah Jumaat kita.

Kita sudah ada seorang Hamba Allah yang menyumbang RM10K utk membeli batu bata. Anggaran, kita masih memerlukan RM15K lagi utk struktur bumbung dan menyiapkan keseluruhan rumah ini.

Dengan kebolehan Encik Bashir bertukang, kita sudah menjimatkan banyak kos utk upah.

Jumaat yang barakah .. Sedekah Jumaat kita hari ini diakad dengan niat menyiapkan rumah Encik Mohd Bashir bin Ramli.

Mudah-mudahan berkat kita menggembirakan hati anak-anak beliau yang sudah lama teringin merasa tinggal di rumah baru itu, Allah merahmati dan berkati segala urusan kita ..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

18 hari menuju Ramadhan.

Sumber: Natipah Abu

Sofea

There's always another side to every story