Menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami tidak mudah. Apatah lagi dengan pendapatan sekadar cukup makan untuk menyara isteri dan anak-anak. Tetapi, walau sesukar mana seklipun hidup, seorang suami dan ayah itu sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya yang tercinta.
Kisah perkongsian hidup oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook ini mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada semua lelaki di luar sana yang bergelut dengan beban kewangan, untuk bangkit dan terus berusaha tanpa henti.
Di hujung jalan, dalam waktu yang tepat dan usaha yang hebat, Tuhan akan membuka satu persatu lorong rezeki dan setiap masalah akan berlalu pergi.
Aku sejenis lelaki simple.
Dengan selipar Jepun Rm2 sepasang, dengan baju seluar bundle harga RM10 sahaja boleh ke mana-mana. Tanpa malu, tanpa segan.
Tidur tak berbantal tak apa. Selimut tak ada aku peluk tubuh sendiri. Atas lantai pun boleh lena.
Aku juga sejenis nekad tak tentu hala. Jenis rempuh semberono tak fikir panjang. Jenis buat dulu, baru fikir kemudian.
Balik kampung dari Bangi – Kelatan naik motor dengan duit RM10
Aku lelaki simple. Namun bila berkeluarga, aku ada satu ego seorang lelaki. Satu ego seorang suami. Satu ego seorang ayah. Dan ego itu mengubah aku yang simple ini.
Sewa rumah, bil semua abang bayar!
Ego punya pasal, hari pertama kahwin aku terus sound isteri,
Setiap bebanan kewangan, setiap bil yang aku tak mampu langsaikan, aku tak pernah minta duit dengan isteri. Minta pinjam pun tidak pernah. Walau aku tahu dia ada.
Duit tinggal RM1 dalam poket pun tak minta dengan isteri
Ego seorang suami aku sangat tinggi. Aku akan pinjam dengan sahabat-sahabat baik aku untuk settlekan bebanan kewangan yang aku tak mampu tanggung. Aku rela berhutang dengan kawan dari pinjam dengan isteri sendiri.
Rela bayar minyak motor dengan duit syiling yang aku kumpul dalam kocek kecil seluar jean bundle aku. Punya la ego tak nak pinjam duit isteri waima RM5.
Isteri ‘senyap-senyap’ selit duit dalam dompet saat tidur
Bila aku tidur, dia buka wallet. Hanya ada resit dan kertas sahaja dalam wallet. Dia faham dan dia pernah selit beberapa kali sehingga aku sound semula,

“Wah. Bestnya pergi melancong”.
Sanggup buat apa-apa kerja untuk tambah income
Aku diam tak kata apa. Buat-buat tak dengar saja. Masa ni aku nekad. Nekad senekad-nekadnya. Aku tak boleh lagi bermalas-malasan. Tercalar ego aku sebagai seorang lelaki, sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah jika aku terus bermalasan begini.
Sepertimana ia pernah tercalar dulu, cukuplah untuk waktu itu. Masa merubah. Tuhan tidak pernah membiarkan usaha hambaNya sia-sia.
10 tahun kahwin, heret tangan isteri masuk kedai emas buat kali pertama
Setelah tabungan stabil, kewangan kukuh, tahun ke-10 perkahwinan kami, kali pertama aku heret tangan isteri aku masuk kedai emas buat pertama kali. Menangis dia.