Siakap Keli

(Video) Macam Tak Ada Apa-apa Yang Berlaku, Aksi Sekumpulan Lelaki Selamba Main “Volleyball” Depan Gunung Berapi Jadi Viral

Tular satu rakaman baru-baru ini yang menunjukkan sekumpulan lelaki selamba bermain bola tampar di depan gunung berapi yang sedang memuntahkan lava.

Dalam rakaman yang ditweet oleh The Sun itu, kumpulan terdiri daripada  6 orang lelaki itu sedang berhibur sesama sendiri seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, berdasarkan rakaman berkenaan, dapat dilihat kewujudan satu gunung berapi di belakang mereka yang sedang memuntahkan lava merah menyala, yang kelihatan mengerikan.

Tidak dapat dipastikan bila rakaman ini diambil, namun berdasarkan kapsyen dalam tweet berkenaan, kejadian ini berlaku di wilayah Reykjanes di Iceland.

Saksikan video berkenaan dibawah.

Sumber: The Sun

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'