Siakap Keli
Gambar: The Sun

Hidap ‘Cataplexy’, Wanita Mengaku Boleh Pengsan Kalau Lihat Lelaki Kacak, Dengar Bunyi Kuat

Seorang wanita berkongsi pengalamannya mengalami gangguan jarang jumpa yang boleh menyebabkan dia pengsan ketika melihat seseorang yang kacak pada pandangannya.

Menurut The Sun, Kirsty Brown, 32 mengalami cataplexy, sejenis narkolepsi yang menyebabkan otot wanita itu menjadi rileks ketika dia berhadapan emosi yang kuat, termasuk ketika ketawa, takut atau terangsang.

“Saya boleh diserang ketika berada di tangga yang curam kerana saya tidak suka ketinggian. Saya cuba pindah ke rumah baru yang tiada tangga,” katanya.

Selain itu katanya, dia juga boleh pengsan ketika terdengar bunyi yang kuat seperti jeritan atau bunyi penggera kenderaan.

“Ada ketika ketika saya bertikam lidah, saya pengsan, menyebabkan pergaduhan terhenti,” kongsinya menambah, dia perlu menjalani fisio kerana mengalami sakit belakang selepas cedera ketika mengalami serangan.

Tambah The Sun, serangan cataplexy boleh terjadi seringan hilang kawalan pergerakan pada wajah atau terus jatuh ke atas tanah.

Kirsty dikatakan pernah mengalami serangan sehingga 50 kali dalam masa sehari, tulis portal itu.

Hal ini menyebabkan wanita itu sukar mendapat pekerjaan apabila majikan mengetahui bahawa dia boleh pengsan pada bila-bila masa.

“Apabila saya mengalami serangan, saya tidak rasa apa-apa, ia seperti litar daripada otak kepada otot terganggu dan saya hilang kawalan terhadap kaki. Bagaimanapun, bahagian atas badan saya rasa kuat,” kongsinya.

Salah satu serangan yang masih segar di dalam ingatannya ialah apabila dia melihat seorang lelaki asing yang kacak.

“Ia sangat memalukan. Saya pergi membeli belah sekali dan saya lihat seseorang yang kelihatan menarik, dan terus hilang kawalan terhadap kaki, membuatkan saya terpaksa berpaut kepada sepupu saya untuk sokongan,” kongsi Kirsty.

Disebabkan itu katanya, dia sering menundukkan pandangan demi keselamatannya sendiri di samping mengelakkan untuk keluar dari rumah.

Jelas wanita itu, serangan itu boleh menjadi lebih teruk ketika dirinya penat.

“Ia adalah gangguan tidur. Kami tak tidur banyak dan apabila kami tidur serta ia bukan tidur yang lena. Jadi apabila saya penat, saya mengalami lebih serangan berbanding biasa.”

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.