Siakap Keli

Senarai Restoran Muslim Di Tokyo Untuk ‘Traveller’ Jadi Pilihan Jika Bercuti Ke Jepun

Hampir setahun berkurung, rasa terseksa jiwa. Rasa tak sabar nak hidup normal semula, penuhi wishlist dan travel ke luar negara bersama kawan-kawan dan keluarga. Tapi, risau juga dunia selepas ni. Takut nak pergi ke tempat-tempat yang ramai orang.

Mungkin inilah rasa hati sebahagian kita yang sudahpun merancang untuk melancong ke luar negara, namun terbatal hasrat mereka gara-gara pandemik COVID-19. Apapun, pasti ramai yang setia menabung untuk mencapai impian ini sebaik segalanya berakhir dan sempadan negara dibuka suatu hari nanti.

Namun, persoalannya, selamatkah untuk kita pergi bercuti di luar sana?

Baik luar atau dalam negara, kita semua pastinya memerlukan kawalan kendiri. Pakai penutup muka dan jaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di samping menjauhi tempat yang sesak. Jika yakin mampu menjaganya, rasanya tidak salah jika kita ingin melancong ke luar negara bagi menunaikan hasrat yang tertunda.

Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Tapi, bila kita travel ke luar negara, cabaran lain yang perlu kita hadapi adalah mencari makanan yang halal terutamanya di negara majoriti bukan Islam seperti Jepun. Kat mana nak cari makanan yang halal dan boleh jaga penjarakan fizikal di sana?

Jangan risau, sebenarnya ada beberapa restoran Tokyo yang mesra Muslim dan ada SOP untuk penjarakan fizikal. Jadi anda tak perlu khuatir terpaksa berkunjung ke tempat-tempat sesak lagi di musim pandemik ini. Mereka juga menawarkan khidmat take-away tau. Boleh bungkus dan makan di bilik sendiri.

Rugilah kalau ke luar negara tapi tak cuba langsung makanan tempatan, kan?

Jadi kali ini, kami akan kongsikan tiga restoran di Tokyo yang wajib anda kunjungi jika melawat Jepun selepas pandemik ini berakhir.

1. Thrush Café

Alamat : 1-1-1 Shirokanedai, Minato-ku, Tokyo

Bagi pencinta makanan sihat, pasti anda akan berpuas hati ketika berkunjung di Thrush Café ini. Kafe yang berkonsepkan Farm to Table ini menghidangkan makanan menggunakan sayuran yang dipetik segar daripada ladang mereka.

Semasa memesan menu di Café ini, boleh juga request untuk menjadikan menu tersebut halal.

Bukan itu sahaja, Thrush Café juga mempunyai ruang beranda yang luas di mana anda boleh menikmati pemandangan taman Jepun seluas kira-kira 33,000 meter persegi. Lokasi yang tepat untuk anda isi perut sambil menenangkan hati sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa wajah anda. Feeling kan?

Anda boleh menikmati pemandangan bunga mekar juga jika kunjunginya pada musim sakura.

Bukan sahaja musim sakura, setiap musim ada hidangan yang bermusim.
Hidangan yang enak dengan ramuan segar akan menjadikan perut dan hati anda penuh dengan kegembiraan.

2. KO-SO CAFE BIORISE

Alamat : 3-25-3, Higashi, Shibuya-ku, Tokyo

Masyarakat Jepun terkenal dengan diet yang sihat. Kalau tengok statistik, Jepun merupakan negara yang paling rendah obesiti dalam kalangan rakyatnya. Malah, mereka juga diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai rakyat yang paling panjang jangka hayatnya. Terima kasih kepada gaya hidup dan pemakanan mereka yang sihat.

Di KO-SO CAFE, anda boleh menikmati menu sihat yang berkonsepkan “Pembersihan badan” atau turut dikenali sebagai detoks. Restoran yang mempunyai pengiktirafan halal daripada Malaysia Halal Corporation ini menawarkan pelbagai menu menyelerakan seperti kek coklat detoks, pasta, smoothies dan pancake (lempeng).
Di sini juga ada banyak menu yang boleh dibungkus balik.

Menariknya, makanan-makanan sihat di sini nampak sedap tau. Sangat menggiurkan.

Siapa kata nak sihat tak boleh makan sedap?

3. MALAYCHAN satu

Alamat : 3-22-6 Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo

Dah beberapa hari di Jepun, rindu pula makanan tempatan. Usah risau, anda boleh menikmati makanan Malaysia di restoran MALAYCHAN satu ini.

Pada 30 tahun yang lalu, MALAYCHAN satu merupakan restoran yang pertama mendapat sijil pengesahan halal. Restoran Melayu ini sangat popular dalam kalangan Jepun dan member kita yang menggemari makanan tempatan kita.

Restoran ini agak dekat dengan Ikebukuro, salah satu downtown terkenal di Tokyo. Jarak restoran ini dengan Stesen Ikebukuro (exit 1-a) hanya dua minit perjalanan berjalan kaki.

Bila-bila masa pun boleh pergi.


Bagaimana? Lepas ni sudah ada idea lah kan untuk cari restoran jika anda ke Jepun suatu hari nanti.
Kalau malas nak keluar, mereka juga ada offer delivery service!

Diharapkan pandemik segera berakhir supaya segalanya kembali normal. Kita juga dapat menghidupkan semula impian yang terbenam seketika. Bagi anak-anak yang sedang belajar di luar negara, mereka juga boleh kembali menyambung pelajaran seperti biasa, dan semoga anda yang sudah lama rindu untuk berkelana di bumi tuhan ini dapat merealisasikan hasrat masing-masing suatu hari nanti.

Tidak dilupa, jika anda ingin ke Tokyo, bolehlah rujuk laman sesawang Go Tokyo untuk merancang perjalanan anda pasca COVID-19 ini.

Untuk pengetahuan, Tokyo kini telah menyediakan Garis Panduan Langkah-langkah Kawalan Penyakit yang ketat bagi membendung penularan COVID-19.

Antara inisiatif yang diambil ialah mengehadkan kapasiti penumpang dalam pengangkutan awam serta pengurangan kontak melalui sistem daftar masuk automatik di lapangan terbang.

Selain itu, pelancong dan pengguna juga boleh menarik nafas lega ketika ingin memilih premis yang selamat untuk dikunjungi.

Rujuk pelekat keselamatan pada premis untuk memastikan ia mematuhi Garis Panduan Langkah-langkah Kawalan Penyakit Tokyo untuk Perniagaan seperti penjarakan fizikal dan proses sanitasi secara menyeluruh.

Tanpa membuang masa, jom ikuti Facebook rasmi Go Tokyo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelancongan di Tokyo serta melihat pelbagai tempat menarik yang unik di negara matahari terbit itu.

Amira

Love yourself.