Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Budak 12 Tahun Dilapor Maut Setelah Bateri Telefon Meletup Di Muka

Mirzapur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di muka kanak-kanak malang itu pada Jumaat.

Memetik Times Now News, kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Matwar itu dipercayai berpunca selepas mangsa cuba mengecas telefon menggunakan pengecas ‘jadoo’, iaitu sambungan ciptaan sendiri.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah mengecas bateri pada jam 10 pagi sebelum datang sejam kemudian untuk memeriksa baterinya. Kanak-kanak itu kemudiannya memeriksa bateri berkenaan dengan menyentuhnya. Secara tiba-tiba, bateri tersebut meletup dan ‘mengoyak’ wajah mangsa, tulis Times Now News.

Susulan mendengar letupan tersebut, ahli keluarga dilaporkan bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kanak-kanak itu bergelumang darah. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah pada muka.

Keluarga mangsa dikatakan melaksanakan upacara pembakaran mayat tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis, tambah Times Now News.

Dalam kejadian serupa pada Januari 2019, seorang lelaki tempatan dilaporkan meninggal dunia apabila telefon bimbit di dalam poketnya meletup ketika tidur.

Kes yang serupa juga pernah berlaku pada tahun sama apabila seorang lelaki maut akibat letupan telefon ketika mengecasnya pada waktu malam. Menurut Times Now News, saksi mendakwa menemui lelaki itu tidak bernyawa dengan kesan terbakar pada badan dan wajah mangsa.

Sumber: Times Now News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.