Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Momen Menakjubkan Petir ‘Sambar’ Gunung Berapi, Foto Ini Menang Anugerah Antarabangsa

Dari puncak Himalaya hingga ke habitat liar savana Afrika, jurugambar sering kali tanpa rasa takut merakam momen-momen yang menakjubkan dan dikongsikan kepada seluruh dunia.

Sama seperti yang dilakukan oleh jurugambar dari Chile, Francisco Negroni yang telah menerbitkan gambar untuk beberapa penerbitan alam terkenal di dunia.

Gambar Via Daily Star

Menurut Daily Star, Negroni mempunyai minat tertentu untuk menangkap gambar letusan gunung berapi dan ribut petir.

Pada tahun 2015, dia berjaya menangkap gambar ‘pemandangan apokaliptik’ yang kini telah memenangi penghargaan antarabangsa yang berprestij.

Gambar Via Daily Star

Foto yang mengagumkan itu menunjukkan letusan gunung berapi Calbuco yang dilanda ribut petir di kawasan tasik di Chile.

Ia merakam saat ketika kilat menyambar batu besar yang menyatukan kedua-dua kejadian semula jadi itu.

“Walaupun berkali-kali saya tidak mendapat apa yang saya bayangkan atau sangka akan menjadi gambar yang bagus, saya mendapat momen lain yang tidak saya jangka dan ia jauh lebih baik, itu aneh,” katanya.

Jurugambar itu juga telah menangkap gambar momen ikonik gunung berapi Cordón Caulle yang mula meletus pada tahun 2011 dan tetap aktif selama beberapa tahun selepas itu.

Gambar Via Daily Star

Foto itu telah memenangi kategori landskap bagi anugerah Photo Is Light dan kemudian Francisco Negroni diumumkan sebagai pemenang keseluruhan dari keenam-enam kategori dengan merebut gelaran ‘Illuminated Photographer Photo Is Light 2020’.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story