Siakap Keli
Gambar Via BBC

(Video) Lava Merah Mengalir Di Tanah, Gunung Berapi Di Iceland Dilapor Meletus

Gunung berapi  di Reykjavik, Iceland dilaporkan telah meletus setelah beberapa gegaran seismik dikesan sejak beberapa minggu yang lalu.

Menurut The Guardian, awan merah menerangi langit malam setelah letusan bermula di Fagradalsfjall pada Jumaat iaitu kira-kira 40km (25 batu) dari Reykjavik.

Gambar Via BBC

“Letusan gunung berapi telah bermula di Fagradalsfjall,” kata Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) di Twitter.

Aliran lava merah dapat dilihat mengalir keluar ke celahan tanah, ia sempat dirakam oleh helikopter pengawal pantai dan dimuatnaik IMO di Twitter.

“Panjang aliran lava itu dianggarkan sekitar 200 meter,” kata IMO.

Pegawai polis dan pengawal pantai bergegas ke tempat kejadian dan orang awam dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan itu.

“Saya dapat lihat langit merah yang bersinar dari tingkap saya,” kata seorang penduduk.

Gambar Via BBC

Lebih dari 40,000 gempa bumi dilaporkan telah berlaku di daerah ini sejak empat minggu yang lalu, ia lonjakan besar dari 1,000 hingga 3,000 gempa bumi yang dicatatkan setiap tahun sejak 2014.

Sistem gunung berapi Krysuvik, yang tidak mempunyai gunung berapi pusat, terletak di selatan Gunung Fagradalsfjall di semenanjung Reykjanes di barat daya Iceland.

Sumber: The Guardian

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "