Siakap Keli
Gambar Via Oddity Central

‘Gunung Berapi’ Ais Setinggi 14 Meter Muntahkan Air Muncul Di Kazakhtan, Tarik Perhatian Ramai

Kawasan di wilayah Almaty Kazakhstan ini bukanlah tempat yang paling menarik, terutama pada musim sejuk.

Pun begitu, satu fenomena luar biasa telah menarik banyak pelancong untuk pergi ke sana sejak akhir-akhir ini.

Kawasan yang terletak di antara perkampungan Kegen dan Shyraganak iaitu di tengah-tengah dataran tinggi yang diliputi salji adalah menara ais setinggi 14 meter yang terus-menerus menyemburkan air yang selepas itu bertukar menjadi ais.

Gambar Via Oddity Central

Menurut Oddity Central, strukturnya yang unikk kelihatan seperti gunung berapi miniatur, tetapi bukan yang mengeluarkan lava panas.

Pemandangan tersebut bukan sahaja telah menjadi popular dalam kalangan penduduk tempatan malah pengguna Instagram juga.

Gunung berapi ais itu adalah hasil dari mata air bawah tanah yang menyemburkan air sepanjang tahun.

Berbeza pada musim panas, tumbuh-tumbuhan hijau mekar melatari kawasan itu.

Sumber: Oddity Central

Sofea

There's always another side to every story