Siakap Keli
Gambar via India Times

Bomba Bertungkus-Lumus Selamatkan ‘Angsa’ Terperangkap Di Kawasan Ais, Rupanya Hanya Patung

Baru-baru ini, Jabatan bomba bandar Monroe dilaporkan menerima panggilan mengenai seekor angsa yang cedera di Sungai Raisin di Michigan, Amerika Syarikat dan mengarahkan dua petugas untuk melakukan aktiviti menyelamat tersebut.

Menurut laporan, dua anggota bomba, Brian Merkle dan Ed Bellman bertindak berani menyeberangi sebuah tasik yang dilitupi ais untuk menyelamatkan seekor angsa yang dilaporkan terperangkap.

Namun, apabila mereka tiba di kawasan kejadian, mereka menyedari bahawa ia bukanlah angsa sebenar. Sebaliknya, ia hanyalah patung angsa yang digunakan sebagai umpan untuk menghalau  bahkan menakutkan haiwan lain.

Seorang lagi anggota bomba, Austin Schmitt dari jabatan yang sama telah berkongsi kejadian tersebut di laman Facebook miliknya sehingga para warganet mengatakan bahawa ia adalah suatu kejadian yang melucukan.

Walau begitu, patung angsa tersebut mempunyai nama yang dikenali sebagai Sharon.

Sumber: India Times

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia