Dulu-dulu media sosial yang jadi ‘diari’ kita siang dan malam adalah Friendster dan Myspace. Kalau masih ingat lagi, profil kita ketika itu boleh ‘dipasang’ lagu lagi.
Hari ini, Friendster dan Myspace sudah pun ‘terkubur’, jauh ketinggalan dan semakin dilupai apabila media sosial baharu seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya menjadi pilihan ramai.
Bercerita tentang muzik di profil, sebenarnya ramai yang tak tahu rupa-rupanya kita juga boleh meletakkan lagu atau muzik di dinding Facebook kita sendiri. Mudah saja. Jom ikuti lima langkah ini kalau melalui telefon:-
1. Buka aplikasi Facebook di telefon dan pergi ke bahagian Profil.

2. Skrol ke bawah, anda akan jumpa ‘Music’ selepas Photos dan kad-kad Life Event. Kalau tak jumpa, boleh juga ‘slide’ sampai ternampak Music.

3. Pada paparan berikutnya, klik simbol ‘+’ pada bahagian kanan atas dan keluarlah senarai seperti ini.


4. Anda boleh cari lagu kegemaran, album, penyanyi atau sebagainya yang rasa sesuai untuk diletakkan di profil. Klik pada ‘thumbnail’ untuk mendengar ‘preview’ lagu sebelum memilihnya. Menariknya, anda boleh letak seberapa banyak lagu pun yang anda suka. Tiada had dan semestinya percuma.

5. Akhir sekali, kembali ke paparan utama profil dan ‘refresh’ semula. Nanti akan muncul lagi yang anda pilih tadi di bahagian Music.

Satu lagu tak cukup? Jangan risau, anda boleh saja tambah beberapa lagu lain dengan menekan simbol ‘+’ pada atas paparan. Manakala kalau nak buangkannya dari senarai itu, hanya klik pada simbol tiga titik dan pilih ‘Delete song from the profile’.
Sesiapa saja yang bertandang ke profil anda, mereka boleh mendengar terus lagu-lagu itu dengan klik padanya. Jangan lupa klik ‘Play full song’ kalau nak dengar kesemuanya. Pasti profil anda jadi lebih menarik dan tak bosan selepas ini.
‘Pin’ lagu pada gambar profil
Dalam banyak lagu yang ada di profil, anda juga boleh ‘pin’kan lagu paling disukai pada gambar profil anda sendiri. Caranya, klik tanda ‘titik tiga’ pada trek lagu, pilih ‘Pin to your profile’.

Sumber: Gadgetstouse