Siakap Keli
Gambar Via Pendekar Rimba

Sukar Didapati & Tak Tahu Bila Berbuah, Abang Ini Kongsi Rupa & Rasa ‘Anggur Liar’ Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila bercakap mengenai buah-buahan tempatan, pasti ramai yang terbayangkan rimbunan pokok buah-buahan di kampung yang boleh dipetik begitu sahaja.

Tetapi, sebenarnya ada buah-buahan yang selama ini mungkin tidak pernah dilihat dan dirasai.

Seperti yang dikongsikan oleh Pendekar Rimba di Facebook ini, dia menunjukkan buah insak atau anggur liar yang ditemuinya.

Menurutnya, buah itu ditemui di Hutan Kaki Gunung Stong, Dabong, Kelantan.

Menjengah ke laman facebooknya, beliau merupakan seorang individu yang sangat aktif berkongsi ilmu kelansungan hidup di hutan melalui laman kumpulan facebook Combat Survival Malaysia.

Mana tahu kan, ilmu berkenaan buah anggur hutan ini ada manfaatnya untuk anda nanti. Jom baca perkongsian beliau dibawah.

Buah Insak (Anggur liar)

Sejenis buah akar yang boleh di makan. Rasa manis dan berlendir seperti hingus(insak). Berwarna hijau jika masih muda dan berwarna kuning jika telah masak.

Dihubungi Sk, dia mengatakan bahawa buah tersebut sememangnya sukar untuk didapati dan tidak diketahui bila ia berbuah.

“Nasib lah boleh jumpa time ia berbuah dan buah itu pulak masak,” katanya.

Tambahnya lagi, ia mungkin kelihatan seperti buah kundang, tetapi ia sebenarnya berbeza kerana buah tersebut merupakan spesis akar melilit.

Sumber: Pendekar Rimba

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.