Siakap Keli
Gambar: @anandmahindra

(Video) Didakwa Cuba Masuk Ke Kawasan Pantai, Lima Individu Dihukum ‘Jalan Itik’

Sekurang-kurangnya lima orang lelaki dilaporkan dihukum ‘jalan itik’ oleh polis kerana didakwa cuba memasuki kawasan larangan di pantai Marine Drive, kata polis pada Selasa.

Kejadian tersebut berlaku pada Isnin petang di kawasan sebuah pantai, di mana sekumpulan lelaki itu cuba untuk memasukinya, kata seorang pegawai.

Sepasukan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di kawasan tersebut telah mengarahkan kesemua lelaki itu melakukan ‘jalan itik’ sebagai hukuman, katanya, sambil menambah bahawa lelaki itu dibenarkan pergi selepas memberikan amaran berkenaan keselamatan kepada mereka.

Video mengenai kejadian itu telah tersebar luas di media sosial dengan ada yang menyatakan bahawa lelaki-lelaki itu telah didenda kerana tidak memakai pelitup muka.

Membalas satu perkongsian di Twitter, polis Mumbai melalui akaun Twitter rasminya menyatakan, “Ada peruntukan undang-undang untuk setiap tindakan pelanggaran dan itu adalah salah satu tindakan hukuman yang boleh diambil.”

Sementara itu, Inspektor Vishwanath Kolekar daripada balai polis Marine Drive menjelaskan bahawa lelaki-lelaki itu dihukum kerana mereka cuba untuk masuk ke kawasan pantai yang menjadi tempat larangan kerana merbahaya dan bukannya kerana tidak memakai pelitup muka, lapor Hindustimes.

Perkara tersebut dilaporkan disiasat sendiri oleh pegawai kanan dan tindakan sewajarnya akan diambil, kata pegawai itu.

Sumber: Hindustan Times

Aqmal Ezany

I write what is right