Siakap Keli
Foto: Suzanie Adina Mat Saat

Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Kerang Supaya Isinya Tak Berselut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang suka makan kerang atau makanan laut yang mempunyai cengkerang pastinya sudah tahu bagaimana petua untuk cuci kerang sampai bersih kan?

Tidak dinafikan kerang merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Rasa yang enak dan sesuai untuk dimasak pelbagai juadah. Tetapi kalau cuci tak bersih, mesti ada satu bau yang kurang enak kan? Perasan tak?

Jadi, sebelum kita memulakan masak, apa kata kita rujuk tips daripada Suzanie Adina Mat Saat menerusi laman Facebooknya berkongsi cara nak bersihkan isi kerang supaya keluar habis lumpur di dalam perutnya.

ya, ini merupakan salah satu tips yang menarik untuk kita jadikan rujukan semasa bersihkan kerang yang dibeli ‘fresh’.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Izinkan berkongsi ilmu untuk membersihkan kerang supaya isi kerang tak ada selut.

Rujuk gambar A:

Selepas bilas (*dan cengkerang dah bersih*) adunkan garam dan cili kering (tak kisah kalau 2-3 batang atau serbuk cili kering kasar. Dalam gambar ialah cili kering kasar sebab stok cili kering dah habis). Ralat garam dan cili agak-agak je. Asalkan agak2 pedas & masin.

Rujuk gambar B:

Tambahkan air separa bekas, kemudian masukkan pula kerang. Pastikan paras air lebih tinggi dari paras kerang.

Rujuk gambar C:

Biarkan kerang berendam (atau berenang šŸ˜…) selama 45 min – 90 min. Kerang akan dengan sendirinya bersih (self clean through spitting). Boleh di balik-balikan kerang untuk melonggarkan ruang air di antara kerang.

“Rujuk gambah air keruh yang berbuih – itulah hasil kerang membuang sisa selut dan kotoran. Ulang 2-3 kali air garam dan cili, sampai bersih.”

Rujukan gambar ā€˜D’: isi kerang yang bersih tanpa selut mahupun pasir.

Mahupun proses yang lama, tapi tak teruk atau penat usahanya. Moga-moga ilmu ini bermanfaat. Selamat mencuba! Wassalam.

 

Sumber: Suzanie Adina Mat Saat

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.