Siakap Keli

“Kepala Dia Keras Sikit Macam Kepala Hampa..,” Gadis Ini Membebel Sambil Ajar Cara Siang Lobster

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Awal-awal bulan macam inilah, selalunya kita gunakan peluang yang ada untuk makan lebih mewah daripada kebiasaan. Alang-alang gaji baru masuk, macam-macam tekak nak merasa.

Ada tak yang tiba-tiba mengidam nak makan lobster?

Menerusi perkongsian seorang pengguna akaun TikTok, cifajamil atau lebih dikenali sebagai Ceo of Masak KalutKalut, pemilik akaun ini berkongsi cara untuk menyiang Canadian lobster yang mungkin sebahagian besar daripada kita tidak tahu.

Video ini mendapat 32.4 ribu tontonan dan sangat informatif untuk anda di luar sana yang ingin masak sendiri udang kara tapi tidak tahu cara menyiangnya.

Mari kita ikuti perkongsian menarik ini.

@cifajamil

Reply to @happyboba2021 Okay dah siang lobster lepasni apa pulak?!! #tiktokchef #tiktokguru #lobster #canadianlobster #easyrecipes

♬ 라식 (Feat. 최윤정) – 감성팔이소년

Mak ai ketuk pakai “merton”

Netizen yang membanjiri ruangan komen rata-rata terhibur dengan cara penyampaiannya. Penjelasan yang ringkas dan padat, ditambah pula dengan loghat utara yang tak jemu didengar menarik perhatian warganet.

Ramai juga yang tidak sangka rupanya nak siang lobster ini mudah sahaja. Salah seorang netizen juga berterima kasih kerana berkat tips yang diberikan, kini beliau sudah mampu memasak untuk santapan keluarga.

SUMBER: TikTok Ceo of Masak KalutKalut

Eyla Azri