Siakap Keli

(Video) Kisah ‘Si Kontot’, Kucing Yang Setia, ‘Pergi’ Selepas Tak Sampai Sebulan Tuannya Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walauupn hanya seekor kucing namun haiwan ini sering kali menunjukkan tingkah lakunya yang mampu menceritakan segalanya.

Selain menjadi haiwan peliharaan, haiwan ini juga dianggap sebagai teman dan sahabat di rumah. Walaupun mereka ini ada sifat kenakalannya namun ia tetap mencuit hati.

Siapa sangka, kucing yang dipelihara dan dibelai setiap hari tiba-tiba murung dan tak lalu makan, tidak seperti kebiasaannya. Perkara ini berlaku sejurus tuan kesayangan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Begitulah kisah Kontot yang ‘pergi’ ikut tuan kesayangannya.

Kisah penuh tangisan ini diceritakan oleh Izzati menerusi laman Instagramnya tentang kucing peliharaan Atoknya yang mengalami kemurungan selepas kematian tuannya pada awal bulan Mac yang lalu.

Sakitnya Allah tarik nyawa. Tak sampai sebulan tuan dia pergi.. Kucing peliharaan dia pun nak ikut tuan dia pi.

Katanya semasa dihubungi, sejak kebelakangan ini Kontot nampak tidak bermaya, sedih dan tak lalu makan. Hal ini berlaku sejurus Arwah Tok pergi meninggal dunia. Dulunya, kucing kesayangaan ini sangat aktif dan manja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul ‘Izzati (@izzatiohizzati)

Menjengah ke komen, rata-rata turut bersimpati dan sebak melihat keadaan kucing ini. Tambah-tambah lagi buat mereka yang pencinta kucing, turut menangis selepas menonton rakaman video ini.

“Kucing lagi kenal siapa yang ikhlas dengan dia…”

“Hilang kucing down dia sama macam hilang keluarga”

“Tuan mu pasti menanti kau kat sana sayang…”

 

Sumber: Izzatiohizzati

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang