Siakap Keli

Pengantin ‘Terduduk’ Dakwa Ditipu Catering, Meja Tak Siap & Makanan Tak Ada, Terpaksa Bungkus Nasi Untuk Tetamu

Bila merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, setiap pasangan dan ahli keluarga masing-masing pasti mengharapkan agar ianya berjalan dengan lancar.

Dari pelamin hingga katering, semua perlulah sempurna ketika hari yang paling bahagia itu.

Pun begitu, terkadang tidak semua berlaku seperti yang dirancang.

Sama seperti yang berlaku bagi sebuah majlis perkahwinan di Indonesia ini. Pihak katering didakwa telah melakukan penipuan dengan tidak hadir pada majlis itu.

Ketika momen bahagia berubah menjadi sedih

Menerusi video yang tular di Instagram, orang ramai dilihat telah tiba di majlis itu tetapi meja tidak disiapkan sepenuhnya dan makanan juga tidak kelihatan.

Ahli keluarga pengantin yang cemas dengan keadaan itu dilihat membeli makanan bungkus untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia juga dipercayai  tidak mampu untuk diberikan kepada semua tetamu.

Majlis perkahwinan secara outdoor itu dilihat tidak lengkap tanpa meja dan kiosk makanan.

Tidak dapat dipastikan alasan sebenar pihak katering yang melakukan perkara tersebut.

Ramai netizen Indonesia yang turut berang dengan pihak katering itu dan berharap agar mereka ditangkap secepatnya.

Sumber: rezalalfarez

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.