Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Antara keunikan di negara ini adalah setiap bangsa dan suku kaum mempunyai budaya, adat dan kepercayaannya masing-masing.
Bagi Semenanjung, umumnya kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asal, semua ada budayanya yang tersendiri. Malah kita juga bebas mengamalkan fahaman masing-masing.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, suku kaum seperti Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya pun ada adatnya tersendiri.
Seperti video yang dikongsikan oleh Miszaa Muniza di TikTok ini, kelihatan satu majlis perkahwinan dipercayai di Sabah yang meraikan tetamunya dengan cara yang unik.
Jika diperhatikan, majlis ini menyediakan dua khemah jamuan yang berbeza. Satu untuk tetamu Muslim, sudah tentu makanan halal yang dihidangkan, manakala satu lagi untuk tetamu bukan Muslim. Jom tonton video ini.
Sementara itu, video yang dikongsikan ini menerima pelbagai maklum balas positif daripada kalangan warganet.
Kebanyakan komentar yang ditinggalkan dipercayai adalah daripada warganet penduduk Sabah mahupun Sarawak, kerana mereka sendiri lebih memahami budaya mereka di sana.





Sumber: TikTok Miszaa Muniza