Terkadang banyak perkara tidak terjangka yang berlaku di dalam hidup ini. Justeru, ‘sediakanlah payung sebelum hujan’ agar ia boleh ditangani dengan sebaiknya,
Sama juga apabila melibatkan keselamatan rumah, mungkin orang ramai sudah boleh membeli pemadam api atau sebarang alat yang sesuai bagi menangani kecemasan seperti itu.
Menerusi perkongsian Ija Juhari di Facebook, dia turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang kebakaran berlaku.
Dia juga berkongsi semula detik-detik ketika rumahnya dipenuhi asap disebabkan oleh kari yang dipanaskan oleh ibunya.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Syukur Allah masih pelihara. Itu je nak cakap. Rumah masih baik dan selamat.
As usual kalau mak keluar dia akan tutup semua pintu dan tingkap. Memang tutup rapat. Kak Ija pula memang jenis rumah open sebab tak suka guna aircond. Rumah sejuk je. Kalau tak buka kipas pun sejuk musim-musim hujan.
So nak dijadikan cerita hari ini sebelum keluar mak dah tutup semua pintu dan tingkap lepas tu bawa mak pergi rumah saudara dekat Gadong Jaya. Dalam 1 jam juga melepak dekat sana. Dah habis tu mak nak balik Klang terus. Kak Ija balik rumah la.
Sampai dekat rumah, buka sliding. Nampak putih je ingatkan langsir. Teruslah selak. Peliknya apasal tak nampak dalam rumah. Try selak lagi terus terbau asap.
Apalagi berlari terus ke dapur. Dengan keadaan yang penuh asap tu tak nampak dapur pun terus buka pintu dapur and pastu baru tutup api.
Kak Ija dah start batuk-batuk. Mata dengan tekak dan sakit. Terus jerit dekat Eesa suruh duduk luar jangan masuk. Kak Ija terus buka semua sliding dengan tingkap.
Terfikir dekat atas macam mana, terus naik atas. Memang semua tertutup rapat. Bilik master tak tutup pintu bilik pun dah penuh asap. Terus berlari masuk dalam buka tingkap.
Nak pengsan kejap sebab dah batuk tak berhenti-henti. Terus berlari keluar laman.
Note : Gambar di tangkap selepas sliding dna tingkap dah buka beberapa minit. Kalau tak langsung tak nampak apa-apa.
Baru faham keadaan orang yang meninggal sebab lemas dalam kebakaran. Memang sakit dada. Sakit mata. Tekak semua sakit.
Panic sekejap tapi syukurlah masih boleh berfikir dengan pantas. Bila bau je asap terus fikir dapur dan api walaupun memang tahu tak ada masak apa-apa sebelum keluar. Tapi rupa-rupanya mak perangat kari sebelum keluar tadi.
Memang lepas ni kena pasang smoke detecter and beli fire extinguisher. Penting sangat. Walaupun kita tak ada atleast jiran sebelah alert boleh lah dia orang buat something sebelum apa merebak ke rumah-rumah jiran.
Fire extinguisher untuk cepat padamkan api. Penting untuk sediakan dalam rumah. Beli yang kecil pun cukup. Barang-barang ini usaha untuk kita mengelakkan kebakaran
My diagnosis maybe api tak merebak sebab periuk yang digunakan tebal dan api perlahan. Lagi satu tiada bahan yang mudah terbakar seperti langsir atau wiring. Kalau ikutkan memang lama la waktu tu. Sejam lebih, mujur Allah jaga semuanya. Alhamdulillah
Ija Juhari
Allah Jaga
Edited : beli juga fire blanket.
Sumber: Ija Juhari