Siakap Keli

Awas, Taktik Baru ‘Scammer’, Tawar Gaji RM8,000 Kerja Sebagai Ejen Pembelian Lazada & Shopee

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati daripada menjadi mangsa ‘scammer’ menerusi taktik terbaharu mereka yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Menerusi perkongsian Facebook ‘Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police’ milik PDRM, suspek menggunakan platform pembelian dalam talian seperti Lazada dan Shopee dengan menyamar sebagai ejen untuk mencari pekerja.

Mangsa yang diperdaya akan dimasukkan ke dalam satu group WhatsApp di mana mangsa akan diberikan taklimat mengenai tugasan sebelum diminta membuat bayaran ke akaun yang diberikan oleh suspek.

TIPU TAWARAN KERJA EJEN PEMBELIAN DALAM TALIAN (LAZADA/SHOPEE)!

Berhati-hati dengan taktik scammer yang baru.

1. Mangsa terima whastapp tawaran kerja sebagai ‘ online purchasing agents’ dengan gaji bulanan RM 8,000.

2. Mangsa diminta untuk menekan dan whatsapp ke nombor yang lain jika berminat.

3. Mangsa kemudian akan dimasukkan ke dalam satu group whatsapp yang lain untuk ditaklimatkan tentang cara kerja.

4. Antara tawaran yang diberikan suspek :-

– komisen 8% dan akan dibayar dalam tempoh 10 -15 minit selepas selesai tugasan yang diberikan.

– mendapat hadiah saguhati RM88 jika dapat menyelesaikan 5 tugasan.

– mendapat hadiah jika selesai 10 tugasan dan menjadi ahli VIP.

5. Mangsa kemudian diminta untuk whatsapp customer service Lazada untuk mendapatkan tugasan.

6. Suspek yang menyamar sebagai customer servis akan memberikan cara menyelesaikan tugasan dan senarai barang yang perlu dimasukkan ke dalam cart.

7. Mangsa dikehendaki untuk membuat bayaran ke akaun yang diberikan oleh suspek tersebut.

Nah admin kongsikan tangkap layar scammer tu.

Tolong admin sebarkan mesej kasih sayang ini. Ramai sekarang nak cari kerja sambilan dengan jalan mudah dan akhirnya ditipu. Lazada, Shopee tolong admin sebarkan awareness ini juga okey!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.