Siakap Keli
Gambar via Google

Pastikan Tak Salah Guna, Ini Maksud Disebalik 7 Emoji ‘Pelik’ Di Whatsapp

Pengunaan aplikasi Whatsapp pada hari ini ternyata berleluasa dalam kalangan orang ramai. Apa tidaknya, dengan ciri dan ringkas dan mudah, pengguna boleh berhubung dengan pengguna yang lain dalam masa yang singkat.

Dalam setiap mesej yang dihantar pasti mempunyai pelbagai ekspresi. Disebabkan itu jugalah pihak Whatsapp turut memuatkan pelbagai jenis emoji ke dalam aplikasi mereka. Pun begitu, tahukah anda maksud bagi setiap emoji yang anda gunakan. Terdapat juga beberapa emoji ‘pelik’ yang kita sendiri tidak sangka ada maksud tersendiri.

Menurut portal blushin.com, terdapat 7 emoji ‘pelik’ yang mempunyai makna yang tersendiri dan mungkin tidak pernah terfikir oleh pengguna.

  1. Wanita dengan cekak ‘bunny’

Emoji ini sering disalah tafsir sebagai gadis yang menari dan sering digunakan ketika hendak mengajak rakan melepak. Pun begitu, menurut portal itu, emoji ini sebenarnya diilhamkan oleh gaun kelinci Jepun untuk wanita memakainya bagi menggoda lelaki.

2. Topeng merah

Emoji ini bukanlah bermaksud mengenai unsur mistik ataupun hantu, namun ianya merupakan tanda kemarahan. Emoji ini dikatakan diilhamkan oleh pencipta ‘Namahange’. Ianya ternyata digunakan untuk menzahirkan rasa marah terhadap sesuatu.

3. Lencana Nama

Emoji ini sering disalah anggap sebagai bungai api, namun maksudnya yang sebenar adalah lencana nama yang digunakan untuk memperkenalkan seseorang dalam kumpulan.

4. Najis

Emoji ini pula adalah mengambarkan sesuatu yang menjijikkan. Tetapi anda mungkin terkejut sekiranya mengetahui bahawa emoji ini bermaksud semoga berjaya. Menurut Blushin.com,  di Jepun tanda ini adalah tanda sebagai nasib baik. Dan menurut mereka, jika seseorang bermimpi memiliki kotoran di tangannya, itu adalah nasib baik kerana ia membawa kekayaan kepada orang itu.

5. Muka mengantuk

 

Emoji ini sering difahami sebagai tanda putus asa tetapi makna sebenarnya menunjukkan keletihan dan kekurangan tidur. Jadi, ia lebih sesuai untuk dikirimkan pada waktu malam sebelum anda melelapkan mata.

6. Tangan Terbuka

Emoji ini pula sering dianggap sebagai pelukan atau tanda berhenti. Namun, maksud disebaliknya ialah untuk menunjukkan keterbukaan dan kesetiaan.

7. OK

Emoji Whatsapp yang ini pula biasanya menunjukkan kekaguman dan kejutan, namun ia sebenarnya menunjukkan isyarat OK kepada sesuatu keadaan.

Pelbagai lagi emoji Whatsapp yang terdapat di dalam aplikasi itu. Pelbagai maksud yang hadir disebalik setiap emoji dan perlu menggunakan pada masa yang tepat.

Sumber: blushin.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.