Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video)Temankan Isteri Nak Bersalin, Lelaki ‘Nervous’ Tapi Sampai Tidur Di Katil Dan ‘Tibai’ Makanan Isteri

Detik bersalin pastinya membuatkan perasaan bakal ibu bapa bercampur baur. Gembira, teruja dan cemas pada masa yang sama. Iyalah, demi menyambut bayi yang dinanti, si ibu perlu berhadapan risiko komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa.

Tidak hairanlah jika bakal ayah turut cuak ketika melangkah ke hospital untuk menemani isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Seperti seorang lelaki bernama Haidar di Bogor, Jawa Barat yang menemani isterinya menanti masa untuk melahirkan di sebuah hospital tempatan. Video dimuatnaik lelaki itu di laman TikTok @haidharwurjanto telah mendapat lebih 2.9 juta tontonan selain turut dikongsikan semula di portal Tribun News.

Lapor portal itu, lelaki yang menanti anak kedua berkenaan mengaku berasa cemas tatkala isterinya berasa sakit kontraksi.

“Isteri yang memulas, suami yang cuak,” katanya.

Malah, lelaki itu dilihat tidak senang duduk ketika menemani isterinya sehingga berbaring di atas katil wanita tersebut dalam keadaan cuak.

“Punya gementar, rasa nak tidur,” tulis lelaki itu. Kongsi Haidar, isterinya hanya tertawa merakam gelagat lelaki itu yang ibarat cacing kepanasan.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dirakam memasuki tandas gara-gara sakit perut.

“4 perkara yang saya rasa sebagai suami ketika temankan isteri melahirkan,

  1. asyik nak pegang tangan selalu (macam gusti lengan)
  2. mudah memulas, tak tahu kenapa
  3. cepat lapar, asyik nak mengunyah. Makanan isteri kita makan
  4. cepat penat, rasa nak tidur sepanjang masa tapi tak rasa lega

Setelah 14 jam mengalami kontraksi, isteri Haidar akhirnya selamat melahirkan anak mereka yang kedua.

@haidharwurjanto

Siapa yang rasain hal yg sama sbg suami? @wandhadwiutari #pregnant #couple

♬ original sound – Matty Chymbor

@haidharwurjanto

Team Lahiran normal @wandhadwiutari #pregnant #couple

♬ She Make It Clap – Soulja Boy Tell ’em

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.