Bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu bulan Ramadan yang mulia akan menjengah tidak lama lagi.
Seperti yang diketahui, bulan itu bukan hanya untuk berpuasa sahaja, banyak lagi ibadah lain yang boleh menjadi sumber pahala termasuk bersedekah.
Disebabkan itu, kedai buku POPULAR kini mengadakan promosi bersempena bulan Ramadan yang bukan sahaja menggalakkan korang untuk membaca buku malah turut memberi peluang untuk bersedekah kepada yang memerlukan.
Bagi yang masih tidak tahu, promosi Ramadan @ POPULAR ini sebenarnya telah dilancarkan sejak 2010 lagi.
Apa yang istimewa mengenai Ramadan@POPULAR ini?
Merupakan inisiatif untuk menggalakkan masyarakat membaca sambil beramal, korang akan dapat nikmati rebat sebanyak 10% bagi buku Bahasa Melayu yang terpilih dan 10% daripada hasil jualan ini akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim terpilih dari seluruh Malaysia.
Untuk rekod, sebanyak 147 buah rumah anak yatim telah menerima sumbangan daripada kempen Ramadan@POPULAR ini.
Dengan tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal, kempen Ramadan@POPULAR menyaksikan penglibatan lapan syarikat penerbitan tempatan.
Promosi ini telah bermula sejak 5 Mac yang lalu dan akan berlangsung sehingga 9 Mei 2021 nanti di Kedai Buku POPULAR/HARRIS terpilih di seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online, jadi bolehlah kalau nak pergi POPULAR sekarang!
Tidak cuma itu, korang juga akan dapat rebat sebanyak 10% untuk lebih daripada 267 tajuk-tajuk terpilih dari kategori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik.
Projek wakaf Al-Quran
Lebih menarik, korang juga boleh memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran dan Terjemahan. Macam mana tu?
Haa, korang hanya perlu membeli dan menyerahkan buku-buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada Badan Kebajikan yang terpilih, jangan risau kerana juruwang akan mengambil rekod belian korang.
Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk menerima hadiah percuma iaitu senaskah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.
Jadi apa tunggu lagi? Jom nikmati rebat daripada promosi ini dan Membaca: Beribadah Sambil Beramal, kongsikan rezeki anda dengan insan-insan yang memerlukan bantuan.
Korang juga boleh menikmati promosi ini di POPULAR Online https://www.popularonline.com.my/.
Kalau korang malas dan takut nak keluar rumah, korang boleh gunakan kemudahan membeli-belah dengan Perkhidmatan Order, Pick & Go.https://bit.ly/3tMfE4k.
Korang boleh memilih sama ada untuk ambil barang yang dibeli di cawangan pilihan atau membuat penghantaran secara terus ke rumah. Hubungi cawangan pilihan anda melalui WhatsApp sekarang juga atau layari laman web POPULAR ini!
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari Facebook dan Instagram POPULAR.