Siakap Keli

Hanya Guna 2 Aplikasi Ni Je, Ini Cara Nak ‘Warnakan’ Balik Gambar Dalam ‘Negatif Filem’ Lama

Korang mesti ada lagi kan simpan gambar-gambar lama masa zaman kecik-kecik dulu? Gambar yang diambil menggunakan kamera Kodak dan disimpan dalam filem.

Perasan tak, gambar-gambar lama dalam filem tu kebanyakannya berwarna negatif. Gelap, tak nampak ‘apa-apa’ pun. Tapi nak tahu tak, sebenarnya gambar tu korang boleh warnakan balik untuk jadi tatapan menarik hari ini.

Inilah ‘rahsia’ yang netizen bernama Eduard Villanueva Destua apabila dia berkongsi tentang cara-cara merwarnakan gambar lama dalam filem menggunakan aplikasi Picsart dan Remini. Jom ikuti tips kat bawah ni.

1) Ambil gambar filem guna kamera telefon

Letakkan gambar filem yang korang ada di depan cahaya, supaya imejnya jelas dipancari cahaya tu. Dah kelihatan, bolehlah ‘snap’ gambarnya guna kamera telefon korang.

Gambar: FB
Gambar: FB

2) Guna aplikasi Picsart & Remini

Sebelum pergi lebih jauh, jangan lupa untuk muat turun dulu dua aplikasi penting ni, iaitu Picsart dan Remini. Dua-dua ada fungsi penting yang saling memerlukan. Gitu.

Gambar: FB

3) Pilih ‘Effects’ & ‘Colours’

Masuk ke dalam Picsart, pastikan korang muat naik gambar negatif tu ke dalam paparan aplikasi. Cari bahagian ‘Effect’ dan klik di situ. Kemudian, pilih ‘Colours’ dan klik pada ‘Negative’. Nanti warna gambar yang negatif tu akan mula berwarna.

Gambar: FB

4) Crop

Dah selesai warnakan, korang boleh crop gambar korang tu ikut ukuran saiz yang korang nak. Mungkin gambar asalnya agak besar atau tak kemas, jadi croplah balik. Dah siap semuanya, tekanlah ‘Save’.

Gambar: FB

5) Pergi ke Remini

Lepas settle kat Picsart, korang boleh keluar daripada aplikasi tu dan pergi ke aplikasi kedua, iaitu Remini.

Gambar: FB

6) Pilih ‘Enhance’

Masuk je dalam Remini, korang perlu gunakan bahagian ‘Enhance’. Muat naik dulu gambar tadi dari galeri telefon ke dalam aplikasi.

Gambar: FB

Kemudian sistem aplikasi akan ‘ubah’ gambar korang. Tengok & bandingkanlah sebelum dan selepas pada gambar kat bawah ni. Selesai semuanya, nanti jadilah macam gambar yang kat bawah seterusnya ni.

Gambar: FB
Gambar: FB

7) Setkan ‘Colourize’ lagi sekali

Patah balik ke skrin utama, korang pergi ke bahagian ‘More’ dan pilih ‘Colorize’. Nanti tengoklah macam mana sistem bekerja untuk korang. Nanti gambar tu akan siap diwarnakan. Paling penting, gambar warna versi terkini tu jauh lebih lawa berbanding yang terdahulu serta filem negatifnya sendiri.

Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB

Taraa, siap dah gambar korang tadi tu. Cantik kan? Mudah je sebab hanya guna dua aplikasi tu je. Jimat pun jimat tak keluar sesen pun.

Jadi kalau rasa-rasa ada lagi simpan gambar lama kat dalam album di rumah tu, cubalah buat macam ni. Mana tahu korang akan terkejut ke tengok muka mak ayah korang masa muda-muda dulu ke kan.

Selamat mencuba.

Gambar: FB

Sumber: Eduard Villanueva Destua

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'