Siakap Keli
Gambar: Google

“Beli Waktu Ramai..,” Perunding Hartanah Ini Kongsi 7 Tips Beli Rumah Bawah Harga Pasaran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kegawatan, ada peluang untuk sesiapa yang berani mengambil risiko. Ketika harga hartanah semakin menurun dan kadar OPR direndahkan, ada antara kita yang mula megintai peluang untuk membeli rumah sama ada dijadikan kediaman sendiri atau rumah pelaburan.

Salah satu peluang yang boleh kita rebut ketika kegawatan ini ialah dengan mencari rumah di bawah harga pasaran. Hartanah jenis ini dapat memberi kita penjimatan serta pulangan yang memuaskan jika dijadikan aset pelaburan.

Tanpa bertangguh, mari kita baca perkongsian oleh Perunding Hartanah, saudara Azizul Azli Ahmad mengenai cara mendapatkan rumah di bawah harga pasaran. Jom baca!

Tips Beli Rumah Bawah Harga Pasaran

1. Makin Ramai Penjual Terdesak

Dalam keadaan ekonomi begini, makin ramai orang menjual rumah mereka. Ada yang berpindah, kecilkan bajet, gaduh hingga bercerai, belanja perubatan, perniagaan merosot dan modal nak kawin lagi!

2. Beli Waktu Ramai Menjual.

Sekarang ramai orang menjual dan pembiayaan makin susah. Penjual mula rasa sukar nak dapat pembeli yang ‘baik’. Mereka akan buat tawaran, “kita nego sampai jadi”.

3. Cubalah Lelong!

Ini antara lubuk ‘best’ untuk dapat bawah harga pasaran. Cuba kena ada ilmu dan sedikit lebihan duit, tapi bila dapat kita cantikkan. Nilainya buat kita ketagih nak beli lagi kawan, bukan nak kahwin lagi.

Ihsan Zainal ada buat group lelong percuma buat semua https://t.me/joinchat/U2G8GkE6JNHjjfmy

4. Cari Rumah Buruk

Makin buruk rumah itu, makin tinggi peluang kita nak ‘negosasi’ dengan tuan rumah. Mintak baik baik dan belajar rendah diri, jangan sombong dan buat muka macam nak makan kaki. Manusia mudah cair dengan santun dan kebaikan orang kawan!

5. Agen Hartanah Kekasih Kita!

Jadikan agen hartanah kawan kita, sesekali belanja kopi kapal api atau ‘setabak’ sekali. Mereka tahu rumah mana bawah market value atau tuan rumah terdesak nak jual cepat!

6. Beli Dari Pasaran Sekunder

Pasaran ini boleh negosasi dengan tuan rumah atau agen, dalam keadaan ekonomi begini pasaran ini dah ada yang jual pada harga lelong. Cari betul betul pasti jumpa punya.

7. Mintak Diskaun Dari Pemaju!

Zaman “sold out” dah berakhir sekarang. Banyak pelancaran projek baru yang masih belum terjual. Cakap baik baik dengan pemaju, saya mampu jika harga ini turun sedikit! Zaman ini, ‘buyer’s market’ boleh bersuara. Ada lebihan 29,000 hartanah siap belum terjual tahun lepas! Cuma gegadis tak suka hantaran mereka rendah kawan!

Azizul Azli Ahmad
#RumahKeperluan
#BeliWaktuMudaKawan
#RumahWajibAda
#ShareJikaBermanfaat

#TabungRumahTIPS BELI RUMAH BAWAH HARGA PASARAN! 1. Makin Ramai Penjual TerdesakDalam keadaan ekonomi begini,…

Posted by Azizul Azli Ahmad on Sunday, April 11, 2021

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.