Siakap Keli

TERKINI: Awas, Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Termasuk KL & Putrajaya Sehingga Pukul 7 Malam

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 11 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi.

Berdasarkan kemaskini daripada MetMalaysia, ribut petir dijangka kaan berlaku sehingga 7 malam ini di seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah (Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Termasuklah di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bharu).

Cuaca ribut termasuk di Sarawak (Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang) serta di Sabah (Pedalaman – Sipitang, Tenom dan Nabawan, Tawau – Tawau, Kunak dan Lahad Datu dan Sandakan – Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Orang ramai yang melalui kawasan tersebut diminta untuk berhati-hati memandu terutamanya buat penunggang motosikal yang lebih terdedah dengan bahaya jalanraya.

 

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang