Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kalau korang rasa kereta Bugatti Veyron tu dah cukup mewah dan mahal, sebenarnya ada satu lagi benda lagi mahal kalau nak dibandingkan dengan ‘rupanya’.
Bugatti Veyron yang berharga lebih RM3 juta itu logiklah juga kalau harganya mahal, selari dengan jenisnya. Tapi benda yang kita nak cerita ni memang jauh tak tercapai dek akal.
Tahukah korang, rumah fesyen terkenal Itali, Gucci ada menjual khemah ‘eksklusif’ pada harga tersangat tinggi. Bukan RM200, bukan RM500 tapi beranggaran RM12,600.
Khemah eksklusif itu merupakan salah satu projek kolaborasi Gucci bersama syarikat pembuatan barangan rekreasi Amerika Syarikat, The North Face.


Cukup terkenal dengan pembuatan barangan fesyen yang ada nilai estestikanya sendiri bagi golongan ‘kayangan’, Gucci menjelaskan bahawa mereka ada sebab tersendiri mengapa khemah itu dijual dengan harga sedemikian rupa.
Jelas Gucci, khemah itu diperbuat daripada semangat eksplorasi yang hadir daripada dua jenama unggul (Gucci & The North Face), di mana kedua-duanya ada nilai yang tersendiri.
Jika merujuk kepada deskripsi yang ada pada barangan tersebut, tertera satu kenyataan ringkas yang berbunyi,
“Khemah nylon ini adalah sebahagian daripada koleksi Gucci x The North Face. Sebuah kolaborasi yang menghubungkan dua jenama dengan sejarah yang hampir sama, serta nilai-nilai yang ada dalam semangat eksplorasi.”


Menariknya, bukan khemah sahaja yang dijual semata-mata, tapi turut didatangkan bersama beg tidur (sleeping bag) dengan harga berasingan iaitu bernilai hampir RM4,300.
Biasanya khemah dijual bersama dengan besi rangkanya yang berfungsi sebagai ‘tulang’. Tapi lihatlah sendiri set kelengkapannya. Memang betul-betul mewah, sudah macam bukan berkhemah di hutan pula.
Kolaborasi unik ini mencetus pelbagai maklum balas daripada orang awam, rata-rata pengguna media sosial berasa sedikit terkejut dengan harganya.

Sumber: Mail Online